Tandas Mcd ini lain dari yang lain, tandas ada password, macam mana kalau lupa password ya?

Oleh DAHLIA MARZUKI

Tandas Mcd ini lain dari yang lain, tandas ada password, macam mana kalau lupa password ya?

Kebiasaannya, jika kita pergi ke restoran makanan segera pasti kita akan dapat lihat password WiFi yang tentera pada resit pembelian bukan?

Iyalah, ia adalah seperti kemudahan buat pelanggan mereka yang makan di situ untuk menggunakannya secara percuma.

Tandas Mcd ini lain dari yang lain, tandas ada password, macam mana kalau lupa password ya?

Namun, lain pula terjadi dengan lelaki ini apabila dia berkongsi restoran makanan segera popular McDonald’s memberikan password untuk masuk ke tandas di dalam resit pembelian telah menarik perhatian ramai.

Siapkan password masuk tandas khas untuk pelanggan

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi resit pembelian makanannya di cawangan restoran berkenaan yang terletak di Bukit Bintang.

Lebih menarik perhatian adalah dia memberitahu restoran tersebut siap meletakkan password khas untuk masuk ke tandas.

Dia juga berkongsi tandas itu sememangnya berkunci dan memerlukan password untuk menggunakannya.

“McD Bukit Bintang dah lama buat sebab yang masuk tandas bukan pelanggan” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya dan ada juga yang mendakwa ia sudah lama ada.

Berikut antara komen netizen di Twitter yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah menggunakan tandas di McDonald’s Bukit Bintang berkenaan.

BACA: Bank dah tak terima duit syiling, habis budak yang menabung macam mana?