‘Tanda dah akhir zaman semakin dekat’, Padang pasir Arab Saudi pertama kali dalam sejarah bersalji

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Penduduk setempat terkejut apabila bangun dari tidur dan melihat kawasan pergunungan

Dan lembah yang biasanya gersang berubah menjadi pemandangan musim sejuk yang menakjubkan.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi, fenomena ini adalah sebahagian daripada perubahan cuaca.

Ia melibatkan hujan lebat, hujan batu, dan pembentukan air terjun yang menghidupkan kembali lembah-lembah kering di sekitar Al-Jawf.

Pihak berkuasa tempatan menjangkakan bahawa perubahan cuaca ini akan membawa kepada musim bunga yang lebih meriah.

'Tanda dah akhir zaman semakin dekat', Padang pasir Arab Saudi pertama kali dalam sejarah bersalji

Bunga-bunga bermusim dan tumbuhan aromatik dijangka menambah keindahan semula jadi kawasan Al-Jawf.

Dengan ramalan hujan dan suhu sejuk yang dijangka berterusan, ramai juga berharap akan munculnya musim bunga yang lebih indah dan mempesonakan.

Fenomena salji di Al-Jawf ini membuka ruang kepada masyarakat tempatan dan dunia untuk menyaksikan perubahan cuaca yang ketara di Timur Tengah.

Ia memberikan perspektif baharu tentang landskap dan keindahan alam di Arab Saudi.

Amaran cuaca buruk dikeluarkan di Al-Jawf

Berikutan perubahan cuaca yang tidak dijangka ini, jabatan cuaca Arab Saudi telah mengeluarkan amaran cuaca buruk yang dijangka berlarutan dalam beberapa hari akan datang.

Ribut petir, hujan lebat, hujan batu serta angin kencang diramalkan melanda kawasan tersebut, berpotensi menjejaskan jarak penglihatan dan keselamatan perjalanan.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi cuaca yang luar biasa ini.

Untuk makluman, negara-negara Timur Tengah lain turut mengalami cuaca luar biasa musim ini.

Di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pusat Meteorologi Nasional melaporkan hujan lebat, ribut petir, dan kemungkinan hujan batu yang memberi kesan kepada beberapa kawasan.

Pakar meteorologi mengaitkan keadaan ini dengan sistem tekanan rendah dari Laut Arab, yang membawa cuaca lembap ke rantau ini yang biasanya kering.

BACA: ‘Orang lain berhutang, kami pula tanggung malu’ Kes naya, Ah long salah simbah rumah