‘Tanah lot’ ini dijual bawah harga pasaran! Harga bermula RM390 je

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kiriman ini menjadi viral dan menerima pelbagai komen dari netizen.

Satu posting viral di media sosial menunjukkan iklan penjualan tanah kubur

Di salah satu laman e-dagang terkemuka di Indonesia, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Kilat hari ini.

'Tanah lot' ini dijual bawah harga pasaran! Harga bermula RM390 je

Dalam kiriman yang dikongsikan di laman Facebook, seorang pengguna media sosial menyatakan bahawa terdapat beberapa penjual yang menjual tanah kubur secara online.

“Sudah ramai yang membeli,” kata netizen tersebut dalam kiriman tersebut.

Kiriman tersebut juga memaparkan beberapa tangkapan layar iklan yang menawarkan pelbagai jenis tanah kubur dengan berat purata sekitar 1 kilogram, dijual pada harga 50,000 rupiah (RM15).

“Tanah kubur si mati meninggal pada hari Jumaat Kliwon,” demikian keterangan dalam salah satu iklan tersebut.

Beberapa iklan lain menyatakan bahawa tanah kubur yang dijual masih ‘segar’ dan baru diambil.

“Tanah kubur laris diambil selepas dipesan,” ujar keterangan yang menetapkan harga sebanyak 1.3 juta rupiah (RM390).

“Tanahnya pasti diambil di tepi rumah sahaja. Kalau diambil dari kawasan perkuburan pasti akan dipukul penduduk,” kata seorang netizen.

“Ilmu hitam yang jelas membawa keburukan,” kata pengguna lain.

BACA: Imam solat subuh baca surah panjang sangat, makmum bengang kelam kabut lambat pergi kerja