“Tanah kubur ayah pun merah lagi, tiba-tiba ada orang datang rumah nak hantar ‘something’ dari ayah”

Oleh INFORAKYAT

“Tanah kubur ayah pun merah lagi, tiba-tiba ada orang datang rumah nak hantar ‘something’ dari ayah”

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya satu perkara yang sangat menyedihkan.

Apatah lagi orang tersebut adalah ibu bapa, pasangan ataupun adik beradik kita.

"Tanah kubur ayah pun merah lagi, tiba-tiba ada orang datang rumah nak hantar 'something' dari ayah"

Dalam dunia sekarang, pelbagai perkara boleh berlaku walaupun ketika itu seseorang sedang bersedih kerana kehilangan orang tersayang.

Cuba bayangkan, baru saja si ayah meninggal dunia, sudah ada orang yang datang rumah untuk hantar ‘something’.

Pada mulanya memanglah terkejut sebab tanah kubur ayah pun masih merah lagi, hati pun belum tenang, rumah dah kena ‘serbu’ macam ni. Bukan seorang pula tu, tapi siap dengan satu kumpulan.

Tanah kubur pun masih merah, tiba-tiba dah ada orang datang rumah katanya nak hantar ‘something’ dari ayah

Rupa-rupanya Nak Menyantuni Keluarga

Bila diterima ‘tetamu’ berkenaan, barulah tahu yang rupa-rupanya mereka datang untuk menyantuni keluarga berkenaan kerana baru sahaja kehilangan ketua keluarga mereka. Bukan datang dengan tangan kosong, mereka juga turut menyampaikan berita baik yang sedikit sebanyak dapat membantu keluarga ini.

Pihak yang dimaksudkan adalah PERKESO yang membantu membela nasib dan mengurangkan keperitan keluarga ini.

Dua Nelayan Ditemui Lemas Ketika Keluar Tangkap Ikan

Situasi sebegini sangat sesuai untuk digambarkan menerusi dua buah keluarga yang baru sahaja kehilangan bapa dan suami mereka ketika keluar menangkap ikan sebelum dilaporkan hilang.

Allahyarham Abu Bakar Hj Mohammad dan Allahyarham Khalid Mohamed telah ditemui lemas setelah dilaporkan hilang apabila mereka keluar menangkap ikan bersama pada 2 Jun lalu di perairan Ayer Baloi, Johor.

Operasi mencari dan menyelamat telah menemui mayat Khalid pada 3 Jun, sementara mayat Abu Bakar ditemui sehari kemudian pada 4 Jun lalu.

Kedua-dua Arwah Pencarum PERKESO


Berkat kesedaran dua orang nelayan ini yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akhirnya membantu membela nasib waris yang ditinggalkan masing-masing.

Arwah Abu bakar merupakan pencarum PERKESO di bawah Pelan 1 SKSPS dengan caruman sebanyak RM157.20 untuk setahun sejak 15 Jun 2021 manakala arwah Khalid juga mencarum pelan yang sama sejak 15 Oktober 2021.

Arwah Abu Bakar telah meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia 21 tahun ke atas. Oleh sebab itu, balunya, Hirunisa Hj Sandari layak menerima bantuan iaitu Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 untuk sekali bayar dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) sebanyak RM567 sebulan yang dibayar sepanjang hayatnya.

Memandangkan kesemua anak arwah Khalid pula sudah berusia lebih 21 tahun dan isteri serta ibu bapanya telah meninggal dunia, waris arwah yang diwakili oleh anak sulungnya, Jama’ah Khalid telah dibantu dengan FPM sebanyak RM2,000.

Untuk makluman, sehingga 9 Jun 2022, terdapat 387,884 individu yang bekerja sendiri telah mencarum dengan SKSPS PERKESO di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, terdapat 34,266 orang atau hampir 9 peratus yang merupakan pencarum dari Johor. Setelah ditelusuri lebih mendalam, seramai 33,023 nelayan merupakan pencarum aktif PERKESO, merangkumi 3,196 orang dari negeri Johor.

SPS Padanan Caruman


Pihak kerajaan juga telah melaksanakan inisiatif SPS Padanan Caruman di bawah Bajet 2022 untuk memberi perlindungan menerusi caruman SKSPS kepada lapan katergori Orang Bekerja Sendiri (OBS) termasuk golongan nelayan.

Pelaksanaan inisiatif bermula 1 Januari sehingga 31 Disember ini adalah berbentuk pembiayaan padanan caruman di bawah Pelan 2 SKSPS yang dibiayai oleh Kerajaan sebanyak 80 peratus (RM186.20), manakala baki 20 peratus (RM46.60) perlu dibayar oleh OBS.

Kemalangan Berlaku Tanpa Diduga


Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa diduga. Kemalangan yang menimpa kedua-dua nelayan ini sememangnya dapat menekankan kepada rakyat mengenai kepentingan perlindungan dengan skim keselamatan sosial bagi membolehkan waris dapat dibela.

Justeru itu, bagi yang bekerja sendiri amat disarankan untuk mencarum dengan SKSPS, demi perlindungan buat diri sendiri dan ahli keluarga sekiranya ditimpa sebarang musibah sewaktu melaksanakan aktiviti pekerjaan sendiri.

BACA:

Pemuda kongsi kisah diganggu penunggu di kebun arwah ayah, penunggu siap tegur ‘dah nak balik ya Aiman… tak nak bawa balik durian ke’