Tambah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, ini respon padu PMX

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Premier Abang Johari Openg telah menyeru agar satu pertiga kerusi Parlimen dikembalikan kepada Sarawak dan Sabah

Bagi menjamin ‘perlindungan’ terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) memutuskan bahawa Jabatan Peguam Negara

akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Sarawak untuk meneliti semula tuntutan pertambahan ahli Dewan Rakyat di Malaysia Timur.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan komited untuk memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan

Tambah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, ini respon padu PMX

Mengikut Perlembagaan dan kerangka undang-undang yang sedia ada.

Tuntutan untuk satu pertiga kerusi Parlimen yang mewakili negeri Sabah dan Sarawak juga merupakan sebahagian daripada agenda yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat MTPMA63 pada bulan September yang lalu, kata beliau melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Premier Abang Johari Openg telah menyeru agar satu pertiga kerusi Parlimen dikembalikan kepada Sarawak dan Sabah bagi menjamin ‘perlindungan’ terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menegaskan bahawa pengembalian 35% kerusi Parlimen tersebut adalah penting bagi mengelakkan pindaan Perlembagaan, memandangkan ketika ini, kerusi Parlimen melebihi dua pertiga terletak di Semenanjung.

Semenanjung mempunyai 165 kerusi Parlimen, manakala Sarawak diperuntukkan 31, Sabah (25), dan Labuan (1). Dua pertiga merujuk kepada 148 sokongan yang diperlukan untuk meluluskan pindaan ke atas Perlembagaan.

BACA: Hukum sebenar baca al-quran tanpa menutup aurat, ini jawapan ulama ramai nak tahu