Taliban mahu jalin hubungan dengan semua negara kecuali Israel

Kerajaan baharu Afghanistan yang ditadbir Taliban bersiap sedia untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara di dunia kecuali Israel, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Seorang jurucakap Taliban, Suhail Shaheen berkata, kumpulan itu malahan terbuka untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya ia dapat memberikan kepentingan kepada kedua-dua negara.

“Dalam fasa pemerintahan baharu ini, sekiranya AS mahu menjalinkan hubungan dengan kami yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan jika mereka ingin terlibat dalam pembinaan semula Afghanistan, mereka dialu-alukan.

Taliban mahu jalin hubungan dengan semua negara kecuali Israel

Suhail menegaskan kesediaan Taliban untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana negara kecuali Israel.

“Bagaimanapun, kami sudah pasti tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan Israel. Kami ingin bekerjasama dengan negara-negara lain tetapi bukan Israel,” katanya kepada agensi berita Rusia, Sputnik.

Pada bulan lepas, Suhail telah mengejutkan ramai pihak apabila beliau ditemu bual oleh stesen penyiaran awam Israel, Kan.

Beberapa jam selepas temu bual itu disiarkan, beliau memuat naik hantaran di Twitter yang mengatakan bahawa beliau telah ditipu dalam temu bual tersebut.

“Saya ditemu bual oleh ramai wartawan setiap hari selepas kejatuhan kerajaan Afghanistan sebelum ini.

“Sebilangan wartawan mungkin menyamar. Bagaimanapun, saya tidak pernah melakukan sebarang temu bual dengan sesiapa yang memperkenalkan dirinya sebagai media dari Israel,” tegasnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/10/taliban-sedia-jalin-hubungan-kecuali-dengan-israel/

BACA JUGA : Panas !!! MMHA dedah ada petugas kesihatan ambil ‘syabu’ kerana tekanan kerja

CATEGORIES