Takut rezeki tak masuk, pemuda tegur kekasih kemas meja selepas makan di kedai

Oleh AHMAD SULAIMAN

MEMUDAHKAN urusan orang lain adalah satu amalan yang sangat mulia. Antaranya adalah dengan mengemas meja

selepas selesai makan di restoran, yang dapat memudahkan tugas pelayan untuk membersihkan pinggan dan gelas.

Namun, baru-baru ini, satu hantaran di media sosial mendedahkan sikap pelik seorang lelaki yang menjadi perbualan.

Hantaran itu dibuat oleh seorang wanita yang berkongsi pengalaman bersama teman lelakinya ketika mereka makan di kedai.

Wanita tersebut menceritakan bahawa pasangannya mengaitkan tabiat mengemas meja dengan kepercayaan pantang larang orang terdahulu.

MEMUDAHKAN urusan orang lain adalah satu amalan yang sangat mulia. Antaranya adalah dengan mengemas meja selepas selesai makan di restoran, yang dapat memudahkan tugas pelayan untuk membersihkan pinggan dan gelas. Namun, baru-baru ini, satu hantaran di media sosial mendedahkan sikap pelik seorang lelaki yang menjadi perbualan. Hantaran itu dibuat oleh seorang wanita yang berkongsi pengalaman bersama teman lelakinya ketika mereka makan di kedai. Keprihatinan pelanggan sangat dihargai oleh pekerja restoran. - Gambar hiasan Wanita tersebut menceritakan bahawa pasangannya mengaitkan tabiat mengemas meja dengan kepercayaan pantang larang orang terdahulu. "Tadi saya pergi sarapan dengan boyfriend, kami makan roti canai. Selepas habis makan, saya satukan semua pinggan supaya mudah untuk staf restoran bersihkan meja. "Tiba-tiba boyfriend saya cakap begini... ‘Awak nak tahu tak, orang dulu-dulu cakap kalau kita tindih pinggan, nanti rezeki tak masuk.’ Saya pun balas la, ‘Tapi rezeki itu kan Tuhan yang bagi.’ "Dia jawab lagi, ‘Itu betul, tapi ada baiknya kalau kita dengar cakap orang dulu-dulu. Mungkin ada kebenarannya.’ "Entahlah, saya pening fikir apa yang dia cakapkan. Saya tak nampak kaitannya. Apa pendapat kalian?" soal wanita itu meminta pandangan orang ramai. Perbincangan Warga Maya Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan pandangan mengenai pantang larang tersebut. Ada yang berpendapat ia mungkin mengandungi mesej tersirat, manakala ada juga yang melihatnya sebagai kepercayaan lapuk. "Nasihat orang tua ni biasanya ada sebab tersendiri. Contohnya, tindih pinggan mungkin nampak tidak elok di mata orang lain. Tapi, kita tak perlu ambil secara literal. "Ada juga pantang larang yang pelik. Contohnya, mak saya pernah larang saya potong kepala terung. Katanya, nanti hantu terung marah. Ini kelakar dan macam khurafat pula," kongsi seorang netizen. Kesimpulannya, sebagai generasi muda, kita perlu bijak menilai dan memahami maksud di sebalik pantang larang tersebut. Tidak semua perlu diterima bulat-bulat, tetapi wajar untuk dihormati jika ia membawa manfaat atau mengandungi nilai moral.

“Tadi saya pergi sarapan dengan boyfriend, kami makan roti canai. Selepas habis makan, saya satukan semua pinggan supaya mudah untuk staf restoran bersihkan meja.

“Tiba-tiba boyfriend saya cakap begini… ‘Awak nak tahu tak, orang dulu-dulu cakap kalau kita tindih pinggan, nanti rezeki tak masuk.’ Saya pun balas la, ‘Tapi rezeki itu kan Tuhan yang bagi.’

“Dia jawab lagi, ‘Itu betul, tapi ada baiknya kalau kita dengar cakap orang dulu-dulu. Mungkin ada kebenarannya.’

“Entahlah, saya pening fikir apa yang dia cakapkan. Saya tak nampak kaitannya. Apa pendapat kalian?” soal wanita itu meminta pandangan orang ramai.

Perbincangan Warga Maya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan pandangan mengenai pantang larang tersebut.

Ada yang berpendapat ia mungkin mengandungi mesej tersirat, manakala ada juga yang melihatnya sebagai kepercayaan lapuk.

“Nasihat orang tua ni biasanya ada sebab tersendiri. Contohnya, tindih pinggan mungkin nampak tidak elok di mata orang lain. Tapi, kita tak perlu ambil secara literal.

“Ada juga pantang larang yang pelik. Contohnya, mak saya pernah larang saya potong kepala terung. Katanya, nanti hantu terung marah. Ini kelakar dan macam khurafat pula,” kongsi seorang netizen.

Kesimpulannya, sebagai generasi muda, kita perlu bijak menilai dan memahami maksud di sebalik pantang larang tersebut. Tidak semua perlu diterima bulat-bulat, tetapi wajar untuk dihormati jika ia membawa manfaat atau mengandungi nilai moral.

BACA: ‘Asal cuti je jem’ Kundasang terima nasib yang sama dengan Cameron Highland