“Takut nanti awak yang lunyai..”, jawapan padu Sharnaaz Ahmad buat ramai yang setuju

“Takut nanti awak yang lunyai..”, jawapan padu Sharnaaz Ahmad buat ramai yang setuju

“Takut nanti awak yang lunyai..”, jawapan padu Sharnaaz Ahmad buat ramai yang setuju. Pelakon, Sharnaaz Ahmad, tidak terkesan dengan sindiran segelintir netizen yang melabelnya sebagai samseng, susulan kes mahkamah melibatkan pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium, Jun tahun lalu.

Menurut Sharnaaz, dia terbuka menerima sebarang nasihat atau teguran daripada mana-mana pihak, termasuk netizen, tetapi mempunyai pendirian atas setiap tindakannya.

“Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng… Saya pun sudah lunyai dengan salah tanggapan orang.

“Saya okey saja mana-mana pun. Mafia pun okey, popia pun okey. Yang penting, bila dipijak, bangun.

“Itu ayah saya yang ajar. Kita pejuang untuk diri kita sendiri. Itu cara saya,” katanya.

"Takut nanti awak yang lunyai..", jawapan padu Sharnaaz Ahmad buat ramai yang setuju

Sharnaaz berkata demikian dalam satu hantaran di Twitter selepas seorang pengguna platform tersebut memuat naik terguran terhadapnya.

“Sebagai artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya, peminatnya.

“Sharnaaz, awak belum bertemu ruas
lagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding,” tulis pengguna tersebut.

Terdahulu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki pada Jun lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Atiqah [email protected] Saim selepas pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa mahkamah.

Sharnaaz dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 oleh seorang penjamin sebelum kes tersebut disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen.

BACA:

Dah umur 50 tahun, terkejut tahu keadaan terkini Melissa Saila – “dulu femes cerita cili padi”

Fakta patung Buddha di Kelantan lebih besar dari patung di Brazil kejutkan netizen

CATEGORIES