Takut disaman, pak cik cari ‘Face Mask’ dalam sampah

Takut disaman, pak cik cari ‘Face Mask’ dalam sampah

Umum mengetahui mulai 1 Ogos lalu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka atau topeng muka di tempat awam yang sesak dan ketika menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Malah, tindakan lebih tegas akan diambil dengan mengenakan denda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak diluar sana tidak mematuhi peraturan tersebut. Namun, apa yang lebih menyedihkan ada mereka diluar sana yang tidak mampu untuk membeli topeng muka.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen di laman Twitter sekeping foto seorang pakcik seolah sedang mencari sesuatu di dalam timbunan sampah. Netizen itu bertanyakan pakcik berkenaan apa yang sedang dilakukannya.

Jawapan yang diberikan sangat meruntun jiwa apabila pakcik itu berkata sedang mencari topeng muka terpakai kerana bimbang akan disaman sekiranya tidak memakai topeng muka.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kasihan pada pakcik tersebut. Malah, ada yang mengatakan ramai mereka diluar sana berdepan situasi sukar dan tidak mampu untuk membeli topeng muka.

Kata netizen lagi, bagi mereka yang hidup susah duit yang ada hanya cukup untuk membeli makanan. Netizen turut memberi pendapat mereka dengan mengatakan orang yang senang sepatutnya memberikan topeng muka secara percuma pada golongan susah.

Difahamkan, netizen itu berkata ada insan prihatin yang membantu pakcik berkenaan. Ujarnya lagi, perkongsian itu adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa ada mereka diluar sana tidak mampu untuk membeli topeng muka dan kita tidak tahu bagaimana kehidupan mereka.

Sumber :https://gulapop.com/takut-disaman-pakcik-sanggup-cari-face-mask-dalam-timbunan-sampah/

COMMENTS