Taksub dengan kecantikan, wanita ini maut selepas besarkan ‘buah betik’

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Taksub dengan kecantikan, wanita ini maut selepas besarkan ‘buah betik’

Seorang ibu kepada dua anak meninggal dunia empat hari selepas dipercayai menjalani suntikan membesarkan payudara

Dia yang didakwa dilakukan pakar kecantikan tidak bertauliah di sebuah rumah dua tingkat di Skudai, dekat sini.

Taksub dengan kecantikan, wanita ini maut selepas besarkan 'buah betik'

Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun dikenali sebagai Chen, meninggal dunia pada jam 7 pagi 2 Ogos lalu.

Memetik laporan akhbar berbahasa Cina tempatan, suami mangsa dikenali sebagai Wong berusia 35 tahun berkata, mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada suntikan pembesaran payudara asid hyaluronik.

Difahamkan, pada mulanya mangsa merancang untuk menjalani suntikan ‘menarik benang’ muka mikro untuk menjadikan kulitnya lebih tegang.

Namun ‘pakar kecantikan’ itu memujuk mangsa untuk menjalani suntikan pembesaran payudara.

Wong mendakwa selepas melakukan proses suntikan itu, isterinya mengalami sakit dada.

Ketika isterinya cuba membayar perkhidmatan suntikan terbabit, jurusolek itu dilaporkan enggan menerima bayaran itu.

“Keesokan harinya (30 Julai), isteri saya masih sangat tidak sihat. Ditemani seorang rakan, dia pergi ke klinik berhampiran untuk konsultasi pada waktu tengah hari. Selepas berunding, doktor membuat kesimpulan bahawa ia disebabkan oleh ubat bius yang berlebihan.

“Sekitar jam 7 malam, keadaannya tidak pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa

. Dia segera ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Isteri kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi 2 Ogos selepas mengadu tidak boleh berjalan lagi. Dia meninggal pada jam 7 pagi,” katanya.

Upacara pengebumian mangsa di Wisma Tiong Hua, dekat sini, kelmarin.

Mangsa meninggalkan anak lelaki berusia sembilan dan 12 tahun.

Sementara itu, pihak polis ketika dihubungi akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Insiden berkenaan turut menarik perhatian Doktor Perubatan Estetik, Dr Lim Ing Kien, yang memberikan penerangan bahaya suntikan pembesaran payudara.

Dalam penerangan di Instagram miliknya, Dr Ing Kien berkata, proses seumpama itu adalah bahaya dan prosedur itu tidak pernah mendapat kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

“Apa-apa suntikan dalam badan perlukan pengetahuan perubatan. Untuk kes wanita ini, rawatan dibuat di rumah dan bukan di klinik.

Berhati-hati semasa mendapatkan rawatan pastikan ia dibuat oleh doktor yang bertauliah, lakukan kajian sebelum membuat keputusan lakukan sebarang prosedur,” katanya

BACA: Mira panggil View Chin ‘sayang’, netizen terbayang macam mana Mira ‘mengeletis’ dengan View Chin di Bali