Tak timbul isu pengharaman arak di Langkawi – Menteri Besar Kedah

Oleh INFORAKYAT

Tak timbul isu pengharaman arak di Langkawi – Menteri Besar Kedah

Walaupun PAS mentadbir Kedah, penjualan arak tidak diharamkan di Langkawi kerana ada peraturan perlu dipatuhi individu minum alkohol, kata Menteri Besar, Sanusi Md Nor.

Untuk orang Islam, katanya, ia sudah terang lagi bersuluh bahawa minum arak haram di sisi agama.

Tak timbul isu pengharaman arak di Langkawi - Menteri Besar Kedah

“Saya rasa isu pengharaman jualan arak di Langkawi belum timbul lagi. Ia masih dijual di Kedah secara bebas cukai dan restoran yang dapat lesen daripada MOF (Kementerian Kewangan) juga boleh jual. Mereka minumlah dalam itu (premis berkenaan).

“Yang kita bimbang ia dijual di kedai tak ada lesen dan bebas dibeli sesiapa saja. Itu semua orang mengadu. Jadi, sesiapa yang nak minum, hang nak minum berapa baldi sekali pun, hang pi minum. Tak ada siapa larang.

“Tetapi kalau hang Muslim, tak bolehlah. Kalau pelancong (bukan Islam) pergilah minum,” katanya menurut Berita Harian dalam program bual bicara Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang disiarkan dalam talian malam tadi.

Mengenai pelancong ke Langkawi yang dilabel permata Kedah semata-mata untuk minum arak, Sanusi berkata, Langkawi memiliki pelbagai tarikan dan pelancong ke pulau terbabit bukan atas sebab itu.

“Saya rasa tarikan ke Langkawi bukan pasal itu (arak). Tarikan ke Langkawi kerana kepelbagaian, bukan satu-satunya (arak).

“Sekarang ini, bila rokok ditarik balik bebas cukai, tak ada siapa pun mengadu. Curut pun sama, tidak ada yang mengadu. Arak di Langkawi pun belum jadi isu.

“Arak boleh dibeli di kedai ada lesen bebas cukai (diberi kelulusan) oleh MOF. Jadi, siapa nak beli, pergilah beli, tetapi yang beragama Islam tak payahlah.”

BACA:

“Suami ajak tinggal di rumah mak angkat, adik angkat suami memang cantik, tak sangka masuk bilik mereka ini yang aku nampak!”