Tak terkenal di Malaysia tapi terkenal di Jepun, ini kisah Tani Yutaka Spy Jepun di Tanah Melayu

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tani Yutaka mungkin tidak begitu terkenal di Tanah Melayu, tetapi namanya sangat dihormati di Jepun.

Beliau juga dikenali sebagai Harimau Malaya dan menjadi tumpuan filem yang dihasilkan mengenainya.

Kisah hidupnya telah menjadi semacam Loid Forger dalam Spy X Family.

Tak terkenal di Malaysia tapi terkenal di Jepun, ini kisah Tani Yutaka Spy Jepun di Tanah Melayu

Beliau dilahirkan di Fukuoka pada tahun 1911 dan kemudiannya pindah ke Tanah Melayu bersama keluarganya.

Setelah kembali ke Jepun untuk mengejar pendidikan, beliau kembali ke Kuala Terengganu dan membuka kedai gunting rambut.

Budaya Melayu tempatan sangat mempengaruhinya, sehingga beliau memeluk Islam dengan nama Mohd Ali bin Abdullah. Yutaka dan keluarganya fasih bertutur dalam bahasa Melayu loghat Terengganu dan dengan mudah beradaptasi dengan adat dan budaya Melayu.

Beliau pernah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita Melayu, tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan dan mereka berpisah. Namun begitu, kehidupan Yutaka menjadi luar biasa apabila dia terlibat sebagai seorang pengintip.

Ketegangan dan kebencian kaum Cina terhadap masyarakat Jepun di Tanah Melayu semakin meningkat setelah Insiden Mukden di Manchuria pada tahun 1931. Orang Cina melancarkan kempen untuk boikot perniagaan milik bangsa Jepun, dan keadaan bertambah buruk dengan rusuhan.

Pada 6 November 1932, premis perniagaan keluarga Tani Yutaka dibakar, dan adik perempuannya Shizuoka dirogol dan dibunuh. Yutaka menyimpan dendam terhadap geng kongsi gelap yang bertanggungjawab, dan dia nekad menjadi gangster apabila kembali ke Terengganu dari Jepun.

Yutaka menyertai Yakuza di bawah klan Yamada, dan kumpulannya dikenali sebagai kumpulan Harimao. Mereka sering menyerang beberapa geng dan usahawan Cina, dan terkadang juga menyerang pegawai Inggeris sebagai tindak balas terhadap pembunuhan adiknya.

Sebelum Perang Dunia Kedua bermula, Yutaka bertugas sebagai ejen pengintip untuk Tentera Imperial Jepun, mensabotaj usaha perang pihak Inggeris. Beliau berkhidmat di agensi perisikan Jepun yang berpusat di Thailand, dikenali sebagai Fujiwara Kikan atau F-Kikan.

Tani Yutaka meninggal dunia pada 17 Mac 1942 di Singapura dan dikebumikan di Japanese Cemetrial Park.

Ada beberapa spekulasi mengenai kematian beliau; sesetengah sumber menyatakan bahawa beliau terbunuh semasa misi mensabotaj sebuah empangan di Johor, manakala sumber lain berpendapat bahawa beliau meninggal dunia akibat kecederaan atau wabak malaria hasil dari pendedahan terlalu lama dalam hutan tropika.

Walaupun beragama Islam, namanya diabadikan di Kuil Yasukuni, sebuah kuil Shinto di Chiyoda, Jepun. Kisah hidup Tani Yutaka diadaptasi ke dalam karya novel dan filem seperti “Marai no Tora” (1943) dan “Malaya Harimao” pada tahun 1989.

BACA:“Aku curang sebab geli bau badan isteri, rupanya isteri aku rahsiakan sesuatu buat aku menyesal tak hargai dia!”