Tak tekan lock tapi masih terkunci dari dalam? Ini teknik rahsia pada tombol pintu

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Memang cemas bila tombol pintu rosak dan kita terkunci dalam bilik, terutamanya jika berada seorang diri di rumah.

Dalam situasi kecemasan seperti ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran pastinya untuk memecahkan

atau mengumpil pintu, walaupun pintu mungkin akan rosak, asalkan diri selamat.

Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya tombol pintu mempunyai 2 ‘setting mode’ iaitu mode normal dan sentiasa terkunci,

seperti yang dikongsikan oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib. Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan tombol pintu yang mempunyai punat kunci mempunyai tetapan ini.

Tak tekan lock tapi masih terkunci dari dalam? Ini teknik rahsia pada tombol pintu

Pernahkah anda mengalami situasi di mana punat kunci pada tombol pintu “tersekat” di dalam, dan memerlukan anda sentiasa menggunakan kunci atau membuka dari dalam? Walaupun selepas pintu dibuka, ia tetap terkunci semula apabila ditutup.

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa tombol pintu mempunyai 2 tetapan kunci:

1. Mode sentiasa terkunci
2. Mode normal.

Tetapan ini boleh diubah dengan menekan punat kunci menggunakan ibu jari dan memutarkan punat tersebut.

Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa terkunci.

Tetapan ini biasanya terdapat pada kebanyakan tombol pintu yang mempunyai punat kunci.

Kadang-kadang, semasa mengunci pintu, kita mungkin tanpa sengaja memutarkan punat tersebut, menyebabkan pintu berada dalam mode sentiasa terkunci.

BACA: ‘Patutlah teksi ayah kerap rosak, duit tak pernah cukup, berniaga tak menjadi, mak cerita hal sebenarnya’