Manchester United mengumumkan pemecatan pengurus Erik ten Hag,
selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menduduki tangga ke-14 selepas sembilan perlawanan.
“Erik ten Hag melepaskan jawatan sebagai pengurus skuad utama Manchester United,” umum kelab tersebut dalam kenyataan rasmi.
Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih sebagai ketua jurulatih sementara,
Dengan dibantu oleh barisan kejurulatihan sedia ada sehingga pelantikan ketua jurulatih baharu.
Spekulasi mengenai masa depan pengurus berusia 54 tahun dari Belanda itu mula timbul hujung musim lalu apabila United mencatat rekod terburuk di EPL, menduduki tempat kelapan, ketika bilionair Britain dan Pengerusi INEOS, Jim Ratcliffe mengambil alih operasi bola sepak.
Namun, kejayaan mengejut dengan menjuarai Piala FA selepas mengalahkan Manchester City, serta musim yang dibelenggu kecederaan pemain utama yang mempengaruhi prestasi, memberi peluang kedua kepada Ten Hag.
Ten Hag menandatangani kontrak baharu sehingga 2026 untuk berusaha mengembalikan era kegemilangan kelab yang pernah menjuarai liga Inggeris sebanyak 20 kali.
Bagaimanapun, prestasi hambar pada awal musim kali ini menyaksikan Ten Hag tidak lagi berpeluang untuk memperbaiki pencapaiannya.
BACA: Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Tol percuma bermula Hari ini