“Tak sia-sia saya kena maki” – Abby Abadi luah perasaan

Tak sia sia saya kena maki Abby Abadi luah perasaan

“Tak sia-sia saya kena maki” – Abby Abadi luah perasaan. Pelakon Abby Abadi,44, sebelum ini memaklumkan bahawa dia turun berkempen untuk bantu sebuah parti politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), iaitu Pakatan Harapan (PH).

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan juga menggunakan media sosial sebagai medan untuk berkempen dan beberapa postingnya telah menerima reaksi tidak baik dari pengikut Instagram sehingga ada yang “unfollow” kerana tidak puas hati cara dia berkempen.

Dalam perkongsian terbaru di Instagramnya, Abby memuatnaik video memaparkan dirinya sedang kegembiraan sambil memegang poster Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru saja dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

VIDEO :

"Tak sia-sia saya kena maki" - Abby Abadi luah perasaan

“Yey! tak sia2 kena m4ki. Demi Malaysia yg lebih baik.Demi Masa depan Anak2. Terima Kasih atas Perjuangan & pengorb4nan selama harini. ALLAH izinkan juga akhirnya naik sbg Perdana Menteri DS @anwaribrahimofficial. Sukses terus DSAI”

“ps; warga singapore, jumpa kami esok lusa tulat ye di P7 Marina Bay Sand. Sy bawak Rempeyek Harapan, Kek Choc Moist Abang Mat Sabu, ChocoJar Syed Saddoq. Ehhh lupa Kerepek Pisang DS Wan Azizah”

“Kawan baik kesayangan Sy @azzaelite bawak Sejadah Gebu Nasional ye kali ni. Choc cookies Ismali Bera, Deedat Zahid Hamidi hihi”

Support tau!’ katanya.

Terdahulu,

umum mengetahui Abby merupakan penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS)

yang disertainya pada tahun 2012 dan kemudian beralih arah menjadi penyokong

Pakatan Harapan (PH) sejak 2017 lalu.

BACA:

TPM dari BN dan GPS akan dilantik – Anwar

Peminat World Cup Qatar kena ‘scam’, bayar mahal tapi macam tempat buang sampah

Keadaan bilik persalinan pemain Jepun kejutkan peminat bola sepak

CATEGORIES