Tak sertai PN je, bukan keluar kerajaan – Asyraf Wajdi

Tak sertai PN je, bukan keluar kerajaan – Asyraf Wajdi

UMNO hanya buat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) yang belum berdaftar sebagai salah sebuah komponen bukan keluar daripada kerajaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lagi pun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga sudah menyatakan hasrat untuk sertai Muafakat Nasional (MN).

“Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) telah mencadangkan agar Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional UMNO-Pas dapat memperhalusi dan mempertimbangkannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional, UMNO dan Pas sepakat untuk terus memperkukuhkan dan memperkasa MN.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/07/30/umno-tak-sertai-pn-bukan-keluar-kerajaan-asyraf/

COMMENTS