Tak sempat sampai Siam, lori seludup 18700 paket minyak subsidi terbabas

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Sebuah lori yang terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan terjawab apabila Pasukan Gerakan Am (PGA)

Mereka menemui 18,700 paket minyak masak dalam kenderaan tersebut yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Rampasan dilakukan sekitar jam 4 petang melalui Op Taring Wawasan di Pengkalan Ayam, sebuah pengkalan haram di Kampung Terusan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pihaknya memeriksa pengkalan haram tersebut

Berdasarkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan minyak masak.

Tak sempat sampai Siam, lori seludup 18700 paket minyak subsidi terbabas

“Ketika pasukan kami bersama KPDN tiba di lokasi, sebuah lori jenis Nissan ditemukan dalam keadaan terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ratusan kotak berisi 18,700 paket minyak masak dalam lori tersebut tanpa sebarang dokumen sah.

“Minyak masak itu dipercayai akan diseludup ke negara jiran. Anggaran nilai rampasan kenderaan adalah RM160,000, manakala minyak masak bernilai RM46,750.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok untuk tindakan selanjutnya.