Tak sempat rasa, Ferrari RM13 Juta hancur kena lenjan penghantar kereta

Tak sempat rasa Ferrari RM13 Juta hancur kena lenjan penghantar kereta

Tak sempat rasa, Ferrari RM13 Juta hancur kena lenjan penghantar kereta. Sebuah jentera mewah jenama Ferrari Enzo yang merupakan antara kereta paling jarang ditemui di dunia, musnah dalam satu kemalangan ngeri di laluan berkembar di Jersey, England, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu.

Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Ferrari Enzo, dipercayai bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.9 juta) dan hanya terdapat 400 buah yang dikeluarkan di seluruh dunia.

Kemalangan yang berlaku di Victoria Avenue itu melibatkan pertembungan dengan sebuah kereta Honda Jazz.

Laluan berkembar itu ditutup dan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian selama beberapa jam dengan Polis Jersi menggesa pemandu mengelak melalui kawasan itu.

Tak sempat rasa, Ferrari RM13 Juta hancur kena lenjan penghantar kereta

“Ferrari Enzo itu sedang menuju ke arah bandar, melepasi lampu isyarat sebelum terbabas di atas pembahagi jalan dan berpusing sebelum bertembung,” demikian menurut kenyataan seorang saksi.

Jentera Ferrari Enzo mempunyai kelajuan maksimum sekitar 346 kilometer sejam dan dilengkapi dengan teknologi kereta lumba Formula Satu (F1).

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu tetapi seorang pemandu warga emas telah dibawa ke jabatan kecemasan hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa Ferrari itu sebenarnya dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik baharunya.

BACA:

Dulu RM2.8 Juta, NFT milik Logan Paul sekarang hanya nilai RM46.36 sen sahaja

Lelaki terpaksa ‘bertapa’ atas pokok lebih dua jam selepas kena kejar gajah liar

Sharifah Rose akui masih single, teringin nak jadi isteri orang

CATEGORIES