Tak sempat jalani program turun berat badan, kucing 17 kg mati

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seekor kucing yang dianggap paling gemuk di dunia telah meninggal dunia beberapa minggu

selepas dibawa ke sebuah pusat perlindungan haiwan di Perm, Rusia, untuk menurunkan berat badannya, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kucing jantan yang diberi nama Kroshik itu mempunyai berat hampir 17.23 kilogram,

bersamaan dengan berat seorang kanak-kanak.

Kucing ini mengalami masalah berat badan yang luar biasa kerana sering diberi makan biskut dan sup semasa tinggal di ruang bawah tanah sebuah hospital.

Tak sempat jalani program turun berat badan, kucing 17 kg mati

Menurut pakar veterinar tempatan, Kroshik tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Kroshik jatuh sakit dan mula tersedak. Kami bertindak segera dengan membawanya ke dalam bilik oksigen.

“Namun, keadaannya semakin merosot dan kami gagal menyelamatkannya,” kata pakar tersebut.

Punca kematian Kroshik masih belum diumumkan, tetapi doktor haiwan mengesahkan bahawa kucing oren itu meninggal dunia akibat ‘ketumbuhan dalam limpa dan metastasis pada organ dalaman lain’.

BACA: Bukan hantar makanan atau dokumen, rider terkejut diminta hantar ular sawa hidup