‘Tak sempat dapat untung lagi..”, Pemilik gerai durian berputih mata, semua barang niaga dikebas habis licin!
Seorang penjual durian di Jalan Kota Tinggi – Kluang berhampiran bulatan Mardi di sini hanya mampu menggigit jari
selepas semua buah durian yang dijualnya habis dilarikan seorang lelaki petang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Ghazali Esa, 45, mengalami kerugian kira-kira RM3,000 selain perlu mengganti rugi kepada pembekal buah berkenaan.
Menurut Ghazali, kejadian terlalu pantas sehingga dua orang lagi pekerja yang ada digerai sama tergamam melihat lelaki berkenaan terus memecut laju ke bulatan Mardi dan tidak dapat dikesan arah tujuannya.
“Lelaki dalam lingkungan 40-an datang ke gerai dengan menaiki pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan bertanya harga buah durian dan mahu membeli kesemua stok yang ada.
“Pekerja bawa naik semua durian ke dalam pikap sebelum lelaki itu cakap nak ambil duit dan hidupkan enjin terus pecut bawa lari. Kami pun belum mendapat sebarang keuntungan kerana ini adalah hari pertama gerai kami dibuka,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes bukan dikategorikan sebagai samun namun melarikan jualan mangsa.
BACA:
‘Rezeki tak pernah salah alamat, ada RM1 pun rezeki’, Lelaki ini jual RM1 pada harga RM1000