Tak sangka! Rupanya tanah seluas 77686 hektar di New Zealand ialah milik rakyat Malaysia

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Syarikat pembalakan yang dimiliki oleh sebuah keluarga dari Sarawak, Malaysia, telah lama aktif dalam aktiviti ‘pembangunan’ hutan.

Aktiviti ini melibatkan penebangan kayu yang bernilai berbilion dolar di kawasan Sarawak, Papua, dan wilayah warisan alam semula jadi di Asia Tenggara.

Menariknya, syarikat ini mendakwa bahawa mereka telah ‘beroperasi dengan kerugian’ selama beberapa dekad.

Namun begitu, mereka masih mampu membuat pelaburan besar dalam hartanah dan perniagaan di seluruh rantau ini.

Sebelum ini, pemerhati di New Zealand terkejut apabila laporan mendedahkan bahawa syarikat Rimbunan Hijau dari Malaysia, yang dimiliki oleh “keluarga Tiong”,

Tak sangka! Rupanya tanah seluas 77686 hektar di New Zealand ialah milik rakyat Malaysia

telah menjadi pemilik tanah persendirian kedua terbesar di New Zealand. Keluarga Tiong dipercayai memiliki tanah seluas 77,686 hektar di negara tersebut.

Keluarga ini yang berpangkalan di Malaysia bukan sahaja berjaya dalam industri pembalakan, tetapi juga memiliki pelbagai perniagaan dan aset di seluruh dunia. Di New Zealand, mereka menguruskan hutan Ernslaw One dan memiliki syarikat New Zealand King Salmon. Selain itu, mereka turut menguruskan tanah melalui syarikat pembangunan hartanah milik mereka, The Neil Group.

Keluarga Tiong juga menguasai Media Chinese International Limited (MCIL), iaitu kumpulan surat khabar berbahasa Cina terbesar di dunia. Mereka turut terlibat dalam beberapa perniagaan lain seperti perladangan serta industri minyak dan gas.

Untuk makluman, perniagaan keluarga Tiong bermula dalam industri pembalakan di Sibu, Sarawak. Perusahaan ini diasaskan oleh Tiong Hiew King selepas beliau bekerja dengan bapa saudaranya, pemilik syarikat pembalakan pertama di Sarawak, iaitu WTK. Kedua-dua syarikat keluarga ini memainkan peranan penting dalam aktiviti penebangan hutan, yang kemudian ditukarkan kepada ladang kelapa sawit di Sarawak.

Walaupun mereka melaporkan keuntungan yang kecil, mereka mendakwa bahawa aktiviti ini dilakukan secara sukarela bagi pihak negeri dan rakyat.