Percaya tak korang kalau kami beritahu bahawa syarikat judi terbesar di Malaysia, iaitu Sports Toto, sebenarnya merupakan produk kerajaan Malaysia?
Betul ni, kami tak main-main! Semua ini bermula apabila kerajaan menubuhkan Sports Toto Sdn Bhd pada tahun 1969
untuk menerajui perniagaan perjudian nombor ramalan di Malaysia dan dikawal oleh Kementerian Kewangan.
Ini berlaku sebelum zaman Tun Mahathir lagi. Dikatakan syarikat ini ditubuhkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk meningkatkan dana
Tujuannya bagi mempromosi dan membangunkan aktiviti sukan, belia, dan kebudayaan di Malaysia. Pada masa itu, sektor perjudian boleh dikira sebagai tiang ekonomi negara.
pusu bermain nombor ramalan ini, dan ramai juga yang masih melakukannya sekarang. Ini ditambah lagi dengan kewujudan Kasino Genting yang sangat ramai pengunjung pada masa itu, mungkin ramai yang datang ke Genting selepas berjinak dengan Sports Toto.
Namun, pada tahun 80-an, orang Islam tempatan dilarang sama sekali memasuki Kasino Genting atas arahan kerajaan. Ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk menjauhkan nama mereka daripada sektor perjudian yang telah ‘dihalalkan’ oleh mereka sendiri.
Kalau difikirkan balik, judi sebenarnya boleh dianggap sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia. Mesti korang pernah dengar atau baca tentang lumba kuda zaman dulu di Malaysia, semuanya berkaitan dengan judi. Malah, tapak KLCC sekarang ini sebenarnya bekas tempat lumba kuda.
Jadi, tidaklah pelik kalau ekonomi negara kita dahulu banyak dipacu oleh sektor perjudian.
Vincent Tan Ambil Alih Sports Toto Semasa Pemerintahan Tun
Tan Sri Vincent Tan, siapa yang tidak kenal nama ini? Beliau adalah antara tycoon terkaya di Malaysia dan dikenali dalam dunia bola sepak kerana Vincent Tan bertanggungjawab membawa Lukman Hakim (pemain muda Malaysia) ke KV Kortrijk (kelab bola sepak miliknya).
Beliau juga merupakan pemilik kelab bola sepak di England, Cardiff City, dan dari situ sahaja sudah menunjukkan betapa kayanya Vincent Tan. Net worth beliau dikatakan sebanyak 915 juta dolar AS! Pada tahun 1985, beliau membeli 70% saham dalam Sports Toto Malaysia Sdn Bhd melalui B&B Enterprise Sdn Bhd (syarikat miliknya).
Penjualan saham itu dikatakan dilakukan melalui perundingan terus, bukan melalui bidaan terbuka oleh kerajaan pada waktu itu. Nama Tun Daim sangat signifikan dalam proses penswastaan ini kerana beliau adalah Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu badan yang mengendalikan Sports Toto.
Kerajaan pada masa itu sedang giat melaksanakan polisi penswastaan syarikat milik kerajaan yang diasaskan oleh Tun Mahathir. Ini adalah contoh kronisme, di mana aset yang dijual di bawah penswastaan diberikan dengan harga murah berbanding harga pasaran.
Kerajaan juga dikatakan selektif dalam memilih individu yang akan membeli aset-aset mereka, namun mencari pembeli yang benar-benar berkemampuan adalah masalah besar. Mungkin sebab itulah Vincent Tan dipilih untuk mengambil alih Sports Toto kerana latar belakang beliau yang mampu membawa syarikat itu lebih jauh. Selepas dibeli, Sports Toto dimasukkan dalam Berjaya Corporation Berhad dan nama syarikat itu ditukar menjadi Berjaya Sports Toto Berhad.
Sejak penswastaan, Berjaya Sports Toto Berhad berjaya meningkatkan hasil dari RM76 juta kepada RM6.7 bilion pada tahun 2019. Tidak hairanlah betapa kayanya Tan Sri Vincent Tan.
Pendapatan yang Dihalalkan Oleh Pemimpin Negara tetapi Tidak Berkat
Sebagaimana yang kami sebutkan tadi, 70% daripada saham Sports Toto Malaysia Sdn Bhd telah dijual kepada B&B Enterprise Sdn Bhd, manakala 30% lagi masih milik kerajaan Malaysia.
Judi masih lagi menjadi sumber pendapatan utama negara kita, namun semuanya berubah pada satu masa. Pada tahun 1987, Tun Mahathir berhadapan dengan masalah kerana perlu bersaing dengan Tengku Razaleigh (Ku Li) untuk merebut pucuk kepimpinan UMNO.
Situasi pada masa itu sangat panas! Ku Li menggunakan sentimen kaum dan agama, manakala Tun Mahathir pula menggunakan sentimen kaum secara lebih ekstrem dengan melibatkan OPS LALANG.
Tun Mahathir dikatakan meminta bantuan Vincent Tan untuk meraih kemenangan, dan sedikit sebanyak Vincent Tan mendapat ganjaran selepas pertolongannya. Ini membawa kepada penjualan 30% saham Sports Toto kepada Raleigh Berhad, kini dikenali sebagai Berjaya Group, pada Mei 1988 dengan harga RM85 juta.
Penjualan ini memberi Vincent Tan kawalan penuh terhadap Sports Toto dan semua keuntungannya tidak lagi dibahagi kepada kerajaan (kecuali cukai). Oh ya, korang tahu tak bahawa hampir 50% pemegang saham B&B Enterprise Sdn Bhd adalah bumiputera? Kami akan simpan cerita itu untuk lain hari.
Sebenarnya, isu perjudian ini memang sudah lama wujud di negara ini. Malah, sebelum merdeka lagi, rakyat negara ini telah diperkenalkan dengan Loteri UMNO.
Nak baca lebih lanjut tentang Loteri UMNO? Tapi kepada mereka di luar sana, jika boleh elakkan berjudi. Sekali ketagih, nanti tiba-tiba sudah jatuh ditimpa tangga baru nak menyesal.
BACA: Tak tahan sakit, wanita terlahirkan bayi yang masih dalam kantung ketuban dengan sekali teran