Tak sangka! Rupanya ini strategi perniagaan Domino’s Pizza buat Pizza Hut pun tergugat yang ramai tak tahu.
Kalau perut rasa nak makan pizza pasti dua nama ini akan terlintas di sudut hati paling dalam iaitu Domino’s Pizza dan Pizza Hut.
Bagi kebanyakan daripada kita Pizza Hut adalah pilihan utama tetapi jangan terkejut kerana sebenarnya Domino’s yang menguasai pasaran pizza dunia.
Kenapa boleh jadi begitu? Padahal Domino’s ni kedai pun tak menarik dan pizza rasa macam kertas pasir. Jawapannya adalah Domino’s buat kerja gila.
Ketika kedai pizza dan restoran makanan segera lain sangat menekankan hiasan dalaman bagi menarik kehadiran pelanggan, Domino’s pula bersikap sambil lewa. Buktinya kalau masuk je dekat Domino’s memang tak rasa langsung nak makan dekat situ.
Jadi Domino’s mula fokus kepada aspek yang sangat diabaikan oleh kedai pizza dan restoran makanan segera lain iaitu delivery.
Paling menarik sekali Domino’s terus tekan gear 5 apabila menawarkan delivery dalam masa tidak lebih 30 minit. Delivery yang laju ini telah membuatkan permintaan semakin meningkat lantas memaksa Domino’s perlu membuka lebih banyak cawangan.
Perkembangan ini telah menyebabkan pesaing terkuat Domino’s iaitu Pizza Hut terciduk. Ini kerana mereka menyangka dengan menyediakan tempat makan yang luas dan premium akan mampu tarik lebih ramai pelanggan. Tapi mereka silap dan hampir tersalah langkah.
PizzaNet
Jadi Pizza Hut telah memperkenalkan PizzaNet bagi memudahkan pelanggan memesan tanpa perlu membuat panggilan telefon. Namun Pizza Hut hampir juga kecundang kerana orang ramai belum mahir lagi menggunakan internet. Beberapa tahun selepas itu, barulah PizzaNet mendapat sambutan lantas menewaskan terus delivery 30 minit Domino’s.
Selepas itu Pizza Hut berada dalam keadaan selesa menguasai pasaran pizza sehingga Domino’s muncul dengan platform atas talian yang sedikit berbeza. Apa yang beza?
Domino’s telah menawarkan sesuatu yang cukup gila iaitu menawarkan delivery sepantas 15 hingga 20 minit dengan sedikit caj. Hal ini telah memberikan tamparan hebat kepada Pizza Hut yang sudah sekian lama menguasai pasaran. Pelanggan yang melihat kerja gila ini mula beralih arah kepada Domino’s kerana delivery laju biarpun kena bayar sikit.
Ditambah lagi pelanggan boleh buat pesanan secara online dan self pickup di kedai. Jadi pelanggan tidak perlu beratur dan hanya tunggu pizza hampir siap untuk bergerak kedai.Akhirnya Pizza Hut buntu untuk mengatasi Domino’s dan terus tertinggal di belakang.
Kesimpulannya apa yang dilalui oleh Domino’s Pizza boleh dicontohi oleh semua jenis perniagaan di luar sana. Persaingannya bersama Pizza Hut memberikan itu satu pengajaran iaitu inovasi adalah kunci.Biarpun kelihatan agak gila pada pandangan mata orang lain, itu tidak menjadi penghalang untuk kita mencuba dan terus berjaya.
BACA:
“Ayah saya dah ceraikan dia”, Jurulatih bola sepak terkenal ceraikan isteri kedua?