Tak sangka! Rupanya ini ‘function’ bintang dekat baju Polis yang ramai tak tahu

Oleh INFORAKYAT

Tak sangka! Rupanya ini ‘function’ bintang dekat baju Polis yang ramai tak tahu.

Percaya atau tidak, majoriti daripada rakyat Malaysia tidak tahu dengan terperinci tentang pangkat dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia.

Ada yang tahu polis mempunyai pangkat-pangkat seperti konstabel, koperal, sarjan dan macam-macam lagi, tetapi tidak tahu susunan kedudukan yang betul dari bawah ke atas.

Tak sangka! Rupanya ini 'function' bintang dekat baju Polis yang ramai tak tahu

Sebagai rakyat Malaysia yang pritahin terhadap pasukan ini, kita seboleh-bolehnya perlu tahu akan susunan pangkat-pangkat ini.

Tetapi sebelum kita menyelam dengan lebih jauh tentang pangkat-pangkat dalam PDRM, adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit tentang wira Malaysia ini.

pangkat polis pdrm asp dsp koperal inpektor

Polis Diraja Malaysia merupakan pasukan polis persekutuan berseragam di Malaysia. Pasukan ini adalah organisasi berpusat dengan ibu pejabatnya terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Pasukan polis diketuai oleh Ketua Polis Negara (IGP) dan ketika ini jawatan ini dipegang oleh Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador sejak 4 Mei 2019 sebagai Ketua Polis Malaysia ke-12.

Ditubuhkan pada 25 March 1807 iaitu 213 tahun yang lalu, perlembagaan, kawalan, pekerjaan, pengambilan, pendanaan, disiplin, tugas dan kuasa pasukan polis ditentukan serta ditadbir oleh Akta Polis 1967.

sejarah penubuhan pdrm

Dalam menjalankan tanggungjawabnya, RMP tetap juga dibantu oleh kumpulan sokongan Extra Constable Polis , Rizab Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan elemen perkhidmatan awam.

PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pasukan polis di seluruh dunia, termasuk dari 6 negara jiran Malaysia yang berkongsi sempadan iaitu Polis Negara Indonesia, Polis Negara Filipina, Polis Diraja Brunei, Polis Diraja Thai, Pasukan Polis Singapura dan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.

Tugas polis
tugas pdrm

Jika ditanyakan apakah sebenarnya tugas polis, ramai di antara kita yang akan menjawab menjaga keamanan negara sahaja. Namun, ia hanyalah salah satu daripada tugas PDRM.

Seksyen 20 Akta Polis menyebutkan tugas-tugas PDRM seperti di bawah:

  • Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  • Memproses risikan keselamatan;
  • Menjalankan pendakwaan;
  • Memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  • Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  • Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  • Mempamerkan maklumat;
  • Melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  • Menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  • Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  • Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  • Menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil,
  • Menjaga ketenteraman didalamnya dan
  • Mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis
  • Pangkat PDRM
  • senarai ketua polis negara

Dari kelompok yang besar, PDRM terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pegawai, dan Pegawai Rendah dan Konstabel.

senarai ketua polis negara

Pegawai pula terbahagi kepada Pemerintah Tertinggi PDRM dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis (bermula dari Inspektor ke Inspektor Jeneral Polis).

Pegawai Rendah pula melibatkan pangkat Pegawai Rendah Polis dan juga Konstabel.

Berikut adalah susunan dan organisasi lengkap mengikut pangkat dari atas ke bawah.

A. PEMERINTAH TERTINGGI PDRM
pangkat ketua polis negara 880

1. Ketua Polis Negara (IGP) : Inspector General of Police

pangkat ketua polis negara 880

2. Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP) : Deputy Inspector General of Police

timbalan ketua polis negara

B. PEGAWAI-PEGAWAI KANAN POLIS

1. Pesuruhjaya Polis (CP) : Commissioner of Police

pangkat timbalan pesuruhjaya polis2. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) : Deputi Commissioner of Police

pangkat penolong kanan pesuruhjaya polis

3. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) : Senior Assistant Commissioner of Police

penolong pesuruhjaya polis

4. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) : Assistant Commissioner of Police

pangkat penguasa polis

5. Penguasa Polis (SP) : Superintendant of Police

pangkat timbalan penguasa polis

6. Timbalan Penguasa Polis (DSP) : Deputy Superintendant of Police

pangkat penolong penguasa polis

7. Penolong Penguasa Polis (ASP) : Assistant Superintendant of Police

pangkat inspektor polis

8. Inspektor Polis (INSP) : Inspector of Police

pangkat inspektor percubaan polis

9. Inspektor Percubaan Polis (P/INSP) : Probationary Inspector of Police

C. PEGAWAI RENDAH POLIS
pangkat sub inspektor polis

1. Sub Inspektor Polis (S/INSP) : Sub Inspector of Police

pangkat sarjan mejar

2. Sarjan Mejar (SJN/M) : Police Sergeant Major

pangkat sarjan polis

pangkat korporal polis4. Koperal (KPL) : Police Corporal

pangkat korporal polis

pangkat lans korperal polis5. Lans Koperal (L/KPL) : Police Lance Corporal

pangkat lans korperal polis

pangkat konstabel6. Konstabel (KONST) : Police Constable

pangkat konstabel