Tak sangka! Rupanya dulu pernah ada duit RM1000 dan RM500 ramai tak tahu

Oleh DAHLIA MARZUKI

Tak sangka! Rupanya dulu pernah ada duit RM1000 dan RM500 ramai tak tahu

Ketika itu orang kaya-kaya sahaja yang dapat pegang duit ni.

Selepas kegawatan ekonomi yang teruk pada era 90-an, pasaran luar persisiran pantai bagi ringgit telah dihentikan,

Tak sangka! Rupanya dulu pernah ada duit RM1000 dan RM500 ramai tak tahu

dan serta merta juga denominasi besar Ringgit Malaysia (RM1000 dan RM500) dimansuhkan serta merta.

Salah satu lagi sebabnya juga adalah bagi mengelakkan wang dalam Malaysia mengalir keluar ke negara lain.

Apabila ada sejumlah besar wang dibawa keluar ke negara lain, maka peredaran wang itu telah terhenti. Dalam bahasa ekonominya wang tadi telah “dibunuh”.

Sepatutnya wang tadi bersilih ganti bertukar tangan. Dari seorang pembeli kepada peruncit kepada pemborong dan seterusnya kepada pengeluar atau pengilang.

Keadaan ini akan menjadikan putaran ekonomi yang sihat, menjana pekerjaan, pendapatan dan kekayaan. Jadi kitaran wang dalam negara perlu kekal begini. Kalau ada yang masih ingat semasa era 90-an ada kempen supaya rakyat kita berbelanja di dalam negara, inilah salah satu sebabnya.

Mana Perginya Not RM500 Dan RM1000

Selepas ia dimasuhkan Bank Negara Malaysia meminta kepada yang memiliki not RM 500 dan RM 1000 supaya menukarkan wang itu BNM.

Setakat tahun 2008, wang kertas not RM500 ada sebanyak 151,482 keping masih belum dipulangkan kepada BNM dengan nilainya RM75.741 juta.

Manakala sebanyak 28,315 keping wang kertas not RM1,000 juga masih dikembalikan kepada BNM yang bersamaan dengan nilai RM28.315 juta.

BACA: Rupanya tahun 1977 pernah ada nahas pesawat di Elmina buat ramai nak tahu, ini kisahnya