Cili yang dikisar sememangnya adalah salah satu bahan yang sangat penting dalam masakan tempatan.
Namun, masih ramai yang ‘failed’ untuk mengolah resepi hingga boleh tahan lama.
Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Huda Suhaini turut berkongsi
cara untuk membuat cili kisar yang boleh disimpan untuk tempoh yang lama.
Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Huda Suhaini turut berkongsi
cara untuk membuat cili kisar yang boleh disimpan untuk tempoh yang lama.
Tiktok
Cara-caranya:
1. Mulakan dengan menambahkan cili kering yang telah direbus ke dalam pengisar.
2. Seterusnya, masukkan bawang putih yang telah dikupas ke dalam pengisar.
3. Tambahkan dua biji bawang besar ke dalam pengisar.
4. Seterusnya, tambahkan sedikit cuka makan dan minyak masak ke dalam pengisar.
5. Jangan lupa tambahkan sedikit air dan kisar seperti biasa.
6. Selepas itu, panaskan cili kisar dalam kuali. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kandungan air dalam cili kisar.
7. Setelah hampir kering, matikan api dapur dan biarkan cili kisar sejuk.
8. Setelah siap, anda boleh menyimpan cili kisar dalam bekas plastik.
Selamat mencuba!