Tak sangka! Patutlah rapat rupanya Azmin Ali anak angkat Tun M ramai tak tahu, ini kisahnya.
Nama Azmin Ali mula menjadi tawar di lidah rakyat apabila dia menjadi antara watak utama dalam Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Malah sewaktu kemelut pandemik, dia sekali lagi mendapat banyak kritikan sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri
kerana masih membenarkan kilang-kilang dibuka walaupun kes Covid pada waktu itu sedang mencanak naik.
Siapa sangka, bekas Menteri Besar Selangor yang dulu mendapat banyak sokongan, kini bergelumang dengan kontroversi? Dalam artikel ini, kami ingin ceritakan sejarah hidup Azmin Ali yang penuh warna-warni. Dia bermula sebagai…
Anak kepada seorang askar yang lahir di Singapura
Azmin lahir di Singapura pada tahun 1964, anak keempat Haji Ali Omar yang kesemuanya ada enam orang. Bapanya pernah berkhidmat dengan askar British dan kemudiannya jadi askar Malaysia. Empat tahun selepas Azmin lahir, dia dan keluarganya berpindah ke Hulu Kelang, Gombak.
Di KL, dia bersekolah rendah di Gurney Road School dan bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak. Pada tahun 80-an, dia sambung belajar kat Universiti Minnesota, US dan menerima Ijazah dalam Matematik dan Ekonomi serta Master dalam Pendidikan.
Lepas tu, Azmin balik ke Malaysia dan terus masuk dalam dunia politik. Cerita macam mana dia masuk ke dalam politik lepas ni mesti akan buat korang tercekik kalau tengah makan.
Azmin Ali sebenarnya dianggap sebagai anak angkat oleh Mahathir
Masa berumur 23 tahun, kerjaya pertamanya adalah sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan yang waktu itu adalah Anwar Ibrahim. Siapa yang pilih dia? Rupanya, Dr Mahathir sendiri. Sebabnya mereka berdua ada hubungan yang rapat sejak di US, di mana Azmin adalah pemimpin pelajar manakala Dr M adalah Perdana Menteri. Di sana juga, Azmin pernah buat forum dialog melibatkan Mahathir yang dibanjiri dua ribu penonton.
Hubungan mereka memang rapat sampaikan waktu Azmin kahwin pada tahun 1988, Dr M datang sebagai sebagai tetamu kehormat. Bukan tu je:
“Malah tarikh pun dia (Dr Mahathir) yang bagi, sepatutnya diadakan 8 Ogos 1988 tapi ketika itu tarikh tersebut bertindih dengan majlis perkahwinan anak Tan Sri Datuk Ahmad Razali, saudara kepada Tun Dr Siti Hasmah,” – Azmin, petikan temubualnya dengan The Malaysian Insider.
Hubungan Azmin dan Mahathir mula goyang sewaktu konflik Anwar dan Mahathir. Bayangkan, Azmin jadi Setiausaha Sulit Anwar sejak dia jadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM. Tiba-tiba, Anwar dipecat oleh Mahathir serta ditahan oleh pihak berkuasa. Di situlah bermulanya detik paling sukar dalam hidup Azmin untuk dia buat pilihan.
“Jadi, bila berlaku pemecatan 2 September 1998, bukanlah mudah untuk saya buat keputusan sama ada nak bersama Dr Mahathir atau dengan Datuk Seri Anwar.” – Azmin, petikan temubualnya dengan The Malaysian Insider.
Akhirnya, dia buat keputusan untuk berpihak kepada Anwar. Azmin juga menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat sewaktu gerakan Reformasi. Dengan itu, dia memutuskan semua hubungan dengan Mahathir selama 17 tahun hingga bertemu semula pada tahun 2015 dengan kebenaran Anwar.
Bukan setakat mentor rapatnya, Anwar ditahan dan dipenjarakan untuk enam tahun, malah isterinya sendiri dituduh ada hubungan dengan Anwar. Apa yang menggemparkan, orang yang mendakwa isteri Azmin dan Anwar ada hubungan adalah adiknya sendiri, Ummi Hafilda.
Adik sendiri menjadi musuh hingga mahu bertanding di kerusi Azmin
Sebelum Anwar dipecat dan ditahan, ada satu surat dihantar kepada Mahathir yang mengandaungi maklumat terperinci pasal petuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Ia ditulis oleh Ummi Hafilda yang mendakwa telah berbincang dengan adik-beradik lain yang dah bantu mengintip isteri Azmin.
Ummi mendakwa yang Azmin mengugutnya untuk buat laporan polis kalau tak ubah surat tu. Dalam mahkamah, Azmin dedahkan yang Ummi mengaku depan dia sendiri yang surat tu ditulis oleh DS Megat Junid Megat Ayob, Menteri Perdagangan Domestik waktu itu.
Ummi juga dikatakan sudah dijanjikan dengan duit dan projek. Saksi lain pula mendakwa yang Ummi hantar surat tu sebab dia benci pada Anwar dan Azmin. Dilaporkan juga, dia sepatutnya dapat projek pengiklanan KLIA berjumlah RM10 juta dari Tun Daim selepas Anwar digulingkan.
Akibatnya, Ummi dilucutkan hak waris dari bapanya sendiri dalam satu surat sebab terlibat dalam isu penentangan terhadap Anwar.
Ummi menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa yang Azmin dah rasuah bapanya untuk melucutkan hak warisnya. Konflik ini menjadikan hubungan mereka renggang, sampaikan Azmin tak datang majlis perkahwinan Ummi pada tahun 2013 walaupun PM Najib datang. Akhirnya, pada PRU 13, Ummi buat cabaran terbuka dengan menawarkan diri untuk bertanding di Gombak pada PRU lepas.
Konflik Azmin dan Ummi ini menyebabkan hubungan Azmin dan ibunya terganggu untuk beberapa tahun. Lepas hubungan dengan Ummi yang penuh konflik, timbul pulak konfliknya dengan Azwan Ali.
Azwan berjanji akan tolong UMNO untuk jatuhkan Azmin dari jawatan MB Selangor pada PRU akan datang. Azwan ingin mendedahkan maklumat mengenai Azmin yang telah dipendam selama lima tahun. Antara sebab Azwan tak puas hati adalah kerana dia telah disenaraihitam oleh stesen TV dan hilang banyak kerja sebab sokongan terbukanya terhadap Azmin sewaktu PRU 13.
“Apa jenis abang, kau menang besar, aku jual maruah aku sebagai artis aku hilang pekerjaan. RTM hitamkan aku sebab aku datang macam ini berdiri di belakang Azmin Ali sebelum ini,” – Azwan Ali, petikan dari FMT.
Azmin ada bagi respon mengatakan yang dia sentiasa mendoakan Azwan walau apa pun yang berlaku. Dia tetap menyayangi abangnya dan berharap Azwan masih menjaga hubungan dengan adik-beradik yang lain. Konflik dalam keluarga Azmin ni sangat menyedihkan sebab sebelum ni mereka sekeluarga hidup bahagia siap masuk dalam video lagu Salam Aidilfitri, Jamal Abdillah kot!
https://youtu.be/usWl-OPTX7Q
Daripada sejarah hubungan Azmin dengan Mahathir, Anwar dan adik-beradiknya, Azmin nampaknya dah buat hubungan yang seimbang antara kawan dan lawan demi karier politiknya. Pada waktu itu, dia juga dilaporkan menjadi orang paling hampir untuk menggantikan tempat Anwar dalam PKR.
Azmin menjadi ancaman kepada Mahathir dan Anwar
Karier politik Azmin dalam PRU dan parti pula bermula selepas Anwar disabitkan bersalah pada tahun 1999. Azmin bertanding dan diundi menjadi wakil rakyat Hulu Kelang. Pada tahun 2005, dia dihalang dari bertanding sebab didenda dan disabitkan bersalah di mahkamah berkaitan keterangannya untuk mempertahankan Anwar. Dia tak mengalah dan bertanding semula pada tahun 2008 melalui dua kerusi terus iaitu Gombak (Parlimen) dan Bukit Antarabangsa (DUN). Sampai sekarang dia masih pegang dua kerusi ni.
Dalam parti, Azmin juga ada reputasi yang baik. Sikap low profile Azmin menyumbang kepada kemenangan bagi posisi Timbalan Presiden PKR sebanyak dua kali. Pertama kalinya waktu dia kalahkan Zaid Ibrahim pada tahun 2010, walaupun Zaid waktu tu dianggap sebagai hero sebab tinggalkan UMNO. Kali kedua pada tahun 2014, Azmin mengalahkan Saifuddin Nasution yang sebenarnya merupakan pilihan keluarga Anwar.
Kepercayaan yang diberikan kepada Azmin untuk jadi Timbalan Presiden ini adalah batu loncatan kepadanya sebelum menerima jawatan MB di Selangor. Semuanya bermula apabila berlaku pergolakan kepimpinan PKR awal tahun 2014 yang membawa kepada Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid Ibrahim kepada Anwar sebagai MB Selangor. Malangnya Anwar perlu manjalani hukuman penjara. PKR kemudiannya ingin menjadikan Wan Azizah sebagai pengganti MB tapi ditolak oleh Sultan. Langkah Kajang akhirnya gagal.
Kronologi Langkah Kajang: Jatuhnya Khalid Ibrahim kerana perebutan kuasa
Masih ingat lagi dengan peristiwa gelap yang berlaku kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim semasa dia menjadi Menteri Besar Selangor?…
Baca cerita penuh
Salah satu punca kegagalan Langkah Kajang adalah bila PAS tak setuju dengan penggantian Khalid. Bagi PAS, Khalid dah buat kerja dengan baik sebagai MB Selangor. Bila Khalid dipecat dan mahu digantikan dengan Wan Azizah, PAS juga tak setuju atas sebab yang dirahsiakan. Jadinya, PAS bagi satu lagi nama tambahan iaitu Azmin Ali.
Dikatakan sesuai menjadi PM dari Pakatan oleh sesetengah pihak
Azmin pun jadi Menteri Besar bagi negeri yang sangat berpengaruh dari segi ekonomi dan politik. Pengaruh MB ni juga bukan sahaja pada PKR dan Pakatan, tapi juga dalam arena politik Malaysia. Dia dikatakan sesuai untuk pegang jawatan lebih besar (contohnya PM). Selain tu, ramai orang melihat Azmin sebagai pengganti Anwar dan dianggap ancaman besar terhadap pencalonan Mahathir sebagai PM. Walau macam mana pun, dalam PKR sendiri dia ada ramai musuh yang akan menghalangnya termasuklah Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution yang dilaporkan menyokong Mahathir.
Dalam PKR juga sudah berlaku perpecahan. Ianya berlaku kerana sikap setiakawan Azmin yang terpecah kepada PAS dan parti pembangkang lain. Ye lah, kerusi parlimen dan ADUN yang dia pegang terletak di kawasan kuat PAS. Azmin juga diingatkan oleh PAS yang dia menang dan dapat jawatan MB sebab mereka. Dan sekarang, dalam keadaaan PAS dah tinggalkan pembangkang, nampaknya mereka mahukan kembali kerusi tersebut.
Gambar yang menjadi tanda tanya dulu. Apalah yang dibincangkan dengan Presiden PAS? Imej dari Malaysian Access.
Nampaknya, Azmin kena bincang baik-baik dengan PAS supaya kerusinya tak terancam. Pada masa yang sama, dia juga kena fikir pasal rakan-rakan Pakatan yang tak bersama dah dengan PAS ketika tu.
Tahap kepercayaan orang ramai kepada Azmin makin meningkat
Walau apa pun pendirian Azmin, ramai mengaku yang dia memainkan peranan penting dalam menjadikan Selangor antara negeri paling berprestasi di Malaysia suatu ketika dahulu. Sewaktu dia jadi MB, Selangor adalah negeri yang paling banyak menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Hutang negeri juga dilaporkan berkurang separuh dari RM 27.1 juta pada tahun 2015 kepada RM 14.7 juta pada tahun 2016.
Bermula dari pelajar di US, menjadi MB Selangor dan kini Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Imej dari The Star.
Sewaktu menjadi MB, ramai yang gembira dengannya meskipun ada beberapa isu dalam kepimpinan. Buktinya adalah melalui tahap kepercayaan orang ramai yang dan meningkat dari 56% kepada 62% pada tahun 2017. Sebelum ini pun, telah tular poster Kabinet Pakatan Harapan dengan mukanya sebagai PM pun dah jadi viral. Ini menunjukkan ada lagi sokongan terhadapnya.
Tun M melantiknya di kementerian baru untuk mengekang Anwar?
Sewaktu pembentukan kabinet oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan, Azmin Ali telah dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, iaitu kementerian yang baru diwujudkan pada waktu itu. Kementerian ini akan memantau syarikat-syarikat besar di Malaysia termasuk Petronas, Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Kementerian misteri bawah Azmin mungkin rampas kuasa Guan Eng?
Baru-baru ni, ada suatu berita yang orang ramai tak sedar sudah dikeluarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pasal peranan Datuk Seri…
Baca cerita penuh
“Azmin, saya rasa, sungguh sibuk sekarang. Beliau perlu menguruskan aset bernilai hampir RM1 trilion dari Khazanah, Felda dan lain-lain.” – Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam temu bual bersama NST.
Waktu kementerian ini diperkenalkan, ada laporan menyatakan ia bertujuan mengukuhkan kedudukan Azmin Ali dan menyekat pengaruh Anwar Ibrahim yang bakal menjadi pengganti Tun M.
Malah pada Februari 2020, hubungan antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memang dah tak dapat diselamatkan lagi, apabila PKR bertindak memecat Azmin. Azmin pula mengambil langkah keluar dari PKR bersama 10 orang Ahli Parlimen dari kemnya.
Skandal video intim: Perang mulut antara Anwar dan Azmin
Pada Julai 2019, tular satu video intim antara Azmin dan seorang lelaki lain di hotel. Perkara ini telah mencetuskan perang mulut antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Anwar pada mulanya mengatakan yang Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya video itu sahih, dan dibalas oleh Azmin yang mengatakan Anwar Ibrahim perlu melihat cermin dan bermuhasabah diri.
Kini pada tahun 2022, persengketaan antara mereka masih belum berpenghujung. Baru-baru ini, Anwar Ibrahim mengumumkan yang dia akan “bertanding di kerusi pengkhianat” pada PRU 15, merujuk kepada kerusi yang sedang diduduki oleh Azmin. Azmin membalas:
“Ada orang sudah minat nak datang Gombak, silakan…Gombak terbuka, saya anak jantan. Silakan hendak hantar isteri pun boleh, anak pun boleh, kalau berani hantar diri sendiri” – Azmin Ali, dipetik oleh Free Malaysia Today.
Mampukah Azmin Ali kembali ke arena politik dengan reputasinya sekarang? Pada masa yang sama, adakah Anwar Ibrahim masih mempunyai pengaruh yang besar seperti dahulu? Apa yang pasti…
BACA:
‘Konon-konon’ nak ambil air, penjawat awam ditangkap khalwat
5 rahsia macam mana Malaysia boleh dapat kemerdekaan yang ramai tak tahu