Tak sangka! Ku Li dedah kenapa tindakan Tun M ada kalanya melencong dari matlamat asal? Ini puncanya
Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah, memberi peringatan perjuangan Melayu Dr Mahathir Mohamad ada kalanya ‘melencong’ mengikut kesesuaian ketika berpolitik.
Bekas menteri kewangan itu akui Mahathir mengambil berat nasib orang Melayu dan sering membangkitkan isu itu dalam pertemuan mereka, namun tindakannya ada kala tidak seiring retorik.
“Beliau memang banyak bercakap pasal orang Melayu…setiap masa tetapi ada kalanya dia ‘corner’ (lencong) ikut lain, mengikut kesesuaian masa untuk dia berpolitik,” kata Ku Li.
Beliau mengulas tentang Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan Mahathir pada Mac lalu, ketika ditemui di perhimpunan agung Umno 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Inisiatif Mahathir itu dikatakan untuk menyatukan ahli politik Melayu merentasi kepartian dan disokong beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Presiden PAS Hadi Awang yang pernah menjadi sasaran kritikannya.
Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, mempersoalkan kenapa Mahathir tidak melakukannya ketika menjadi perdana menteri – dari 1981 hingga 2003 ketika bersama Barisan Nasional dan 2018 hingga 2020 ketika bersama Pakatan Harapan.
Pengasas Petronas itu bagaimanapun akui tidak mengkaji proklamasi yang disahut oleh PAS dan Bersatu itu.
“Saya tak kaji sebenarnya. Tetapi kalau tanya saya 22 tahun dia jadi perdana menteri kenapa dia tak buat semua benda itu?..
(ketika) dia pakat dengan DAP kenapa dia tidak buat, sehingga dia ditolak oleh parti sendiri (Bersatu)?” katanya, merujuk kepada pemecatan Mahathir daripada Bersatu pada 2020.
Sebelum ini, ketika mengulas laporan mengatakan proklamasi itu disokong untuk menyatukan dan menyelamatkan orang Melayu, bekas Ahli Parlimen Umno Tawfik Ismail berkata Ketuanan Melayu tidak pernah terancam, melihat pada bilangan orang Melayu yang berkuasa.
Beliau turut menyifatkan kerjasama Mahathir dengan pemimpin PAS sebagai ironi, kerana bekas perdana menteri amat negatif terhadap kelayakan parti itu.
BACA:
Ramai tak tahu pemilik sebenar istana RM14 billion di Singapura milik orang Malaysia rupanya!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio