Tak sangka! Ini 5 negeri yang paling banyak duit di Malaysia tapi Selangor bukan no.1

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pernahkah terlintas di fikiran kita negeri mana yang paling kaya di Malaysia? Negeri yang mempunyai jumlah kekayaan dan aset yang terbesar di Malaysia pastinya menunjukkan ekonomi yang stabil dan prestasi yang cemerlang.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Atau pendapatan per kapita merujuk kepada jumlah hasil dalam negeri atau wilayah persekutuan yang dikumpulkan.

Tak sangka! Ini 5 negeri yang paling banyak duit di Malaysia tapi Selangor bukan no.1

Jika jumlah penduduk dalam sesuatu wilayah itu contohnya 10 orang dan jumlah pendapatan dalam wilayah tersebut adalah RM1,000, maka jumlah pendapatan per kapita adalah RM100.

Cara pengiraan yang digunakan oleh KPDNKK ini memudahkan kita untuk menilai tahap kemakmuran penduduk di sesuatu kawasan tersebut. Mari kita lihat 5 negeri yang mempunyai jumlah kekayaan dan pendapatan tertinggi di Malaysia.

#1 Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk Putrajaya adalah negeri terkaya di Malaysia. Majoriti penduduk mempunyai pendapatan yang tinggi dalam tahunan mahupun bulanan.

Pendapatan per kapita bagi wilayah ini adalahRM 8,451 untuk sebulan dan setahun adalah RM101,420.

#2 Wilayah Persekutuan Labuan
Pasti ramai yang tak sangka, pendapatan wilayah di Persekutuan Labuan juga amat besar. Sebanyak RM 5,152 yang diperoleh dalam sebulan dan RM 61,833 adalah pendapatan tahunan.

Negeri yang paling banyak duit di Malaysia ini merupakan sebahagian daripada Sabah.

#3 Pulau Pinang

Pulau Pinang yang juga digelar sebagai Pulau Mutiara ini sering menjadi tumpuan para pelancong. Ekonomi negeri ini turut meliputi faktor perlancongan, kewangan, perindustrian dan lain-lain lagi menjadikan pendapatan negeri bertambah.

Pulau Pinang mempunyai pendapatan tinggi sebanyak RM3,949 sebulan dan RM47,322 untuk setahun.

#4 Selangor
Selangor adalah negeri yang paling maju dan mempunyai pendapatan per kapita terbanyak di Malaysia pada tahun 2018, iaitu sekitar $33,147 setaraf dengan nilai per kapita negara Hong Kong dan barat.

Aktiviti perindustrian, elektronik serta pertanian adalah penyumbang utama pendapatan negeri Selangor iaitu sebanyak RM3,718 sebulan atau RM44,616 setahun.

#5 Sarawak
Ekonomi Sarawak meliputi pelbagai industri seperti perlancongan, petrokimia, kargo, perkhidmatan udara, produk logam dan lain-lain lagi. Terdapat banyak sumber semulajadi di Sarawak yang dijadikan bahan eksport untuk negera luar.

Sarawak telah mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak RM44,333 dan pendapatan bulanan sebanyak RM3,694.

Negeri-negeri lain di Malaysia mencatatkan jumlah pendapatan yang lebih rendah sedikit berbanding negeri yang telah dikongsikan.

Ekonomi dan aktiviti negeri memainkan peranan penting dalam memastikan pendapatan setiap negeri bertambah. Program alternatif dalam negeri juga boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kewangan negeri.

BACA: “Dah 6 tahun abang meninggal accident, punca kemalangan aku simpan sorang, aku takut nak dedah kat ayah”