Tak sangka, cerai pun boleh selesai sehari, macam masuk kerja pakai kabel! Janji patuh 5 syarat ini

Oleh AHMAD SULAIMAN

Portal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa cerai “fast track” adalah inisiatif dan inovasi dalam proses perceraian,

Di mana pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam

(Wilayah Persekutuan) 1984 tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka.

Melalui proses perceraian fast track, kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh kurang daripada enam jam, bermula dari pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.

Seorang Peguam Syarie, @azrieyyyyy, di akaun TikToknya telah berkongsi lima panduan untuk suami dan isteri yang ingin memohon perceraian secara fast track.

Tak sangka, cerai pun boleh selesai sehari, macam masuk kerja pakai kabel! Janji patuh 5 syarat ini

Jika semua syarat dipenuhi dan dokumen lengkap disediakan, proses ini boleh diselesaikan dalam beberapa jam sahaja.

1. Salah satu pihak boleh memfailkan perceraian

Permohonan perceraian secara baik boleh dibuat oleh sama ada suami atau isteri. Ini bermaksud, isteri juga boleh memfailkan perceraian selain suami.

2. Perceraian dibuat secara sukarela

Perceraian mestilah dipohon secara sukarela tanpa sebarang paksaan daripada kedua-dua pihak.

3. Tidak boleh ada hubungan kelamin

Pasangan yang memohon perceraian tidak boleh mengadakan hubungan kelamin semasa tempoh menunggu tarikh sebutan.

4. Isteri suci dari haid

Si isteri mesti berada dalam keadaan suci ketika tarikh sebutan. Jika isteri dalam keadaan haid, maklumkan kepada pembantu dewan.

5. Tinggal berasingan

Disarankan agar pasangan yang ingin bercerai tinggal berasingan bagi mengelakkan berlakunya hubungan kelamin sebelum perceraian disahkan.

Dengan mengikuti panduan ini, pasangan yang ingin bercerai secara fast track dapat menyelesaikan proses perceraian dengan cepat dan lancar.

BACA: Menteri pengangkutan tegur syarikat penerbangan kerap ‘delay’ penerbangan lebih 5 jam