Tak sangka betul, rupanya boleh kenal pasti jenis beras ikut warna packaging ramai tak tahu

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Tak sangka betul, rupanya boleh kenal pasti jenis beras ikut warna packaging ramai tak tahu

Umum sedia maklum, terdapat pelbagai jenis beras yang dijual di pasaran

Ada beras tempatan, beras wangi dan beras istimewa. Semuanya terpulang dengan kegemaran masing-masing.

Tak sangka betul, rupanya boleh kenal pasti jenis beras ikut warna packaging ramai tak tahu

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan lelaki menerangkan jenis-jenis beras telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kpdn_perak KENALI JENIS JENIS BERAS DIPASARAN MALAYSIA #beras #kpdn #kpdnperak #unitmedia_kpdnperak #kpb #fendyscreative ♬ Moment of Truth – Carlos Estella


Jenis beras beza ikut warna bungkusan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di bahagian beras di pusat beli-belah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendedahkan bahawa setiap warna bungkusan beras menunjukkan jenis-jenis beras itu.

Image from @kpdn_perak (TikTok)

Jika bungkusan itu berwarna ungu, ia bermaksud jenis beras putih tempatan. Manakala, warna biru muda menunjukkan beras putih import. Beras wangi pula mempunyai bungkusan warna pink. Tambahan lagi, bungkusan oren pula menunjukkan beras istimewa.

“Terbaik, selama ni tak perasan pun warna-warna ini” – Netizen

Image from @kpdn_perak (TikTok)

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 144K tanda suka dan 8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelabagi reaksi masing-masing.

BACA: “80% nafkah aku tanggung, berterima kasih pun tak, lagi nak demand macam-macam. Suami amik kesempatan atas aku, jual nama anak sebab bertahan”