Tak sampai 24 jam Aliff Syukri ugut nak berhenti main instagram, “dia buat hal lagi..”

Tak sampai 24 jam Aliff Syukri ugut nak berhenti main instagram dia buat hal lagi

Tak sampai 24 jam Aliff Syukri ugut nak berhenti main instagram, “dia buat hal lagi..”. Cakap tak serupa bikin.

Begitulah komen netizen terhadap usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Selepas empat hari mengumumkan ingin berundur dari media sosial dengan memadam semua gambar dan video selepas ditegur ibunya, Rozita Ibrahim, dia kembali memuat naik satu hantaran di Instagram, semalam.

Aliff yang sebelum ini menangis teresak-esak sambil meminta maaf kononnya ‘insaf’ tidak mahu lagi ‘bermain’ dengan media sosial memuat naik video dia menari dengan sebatang mop.

Malah, dia turut memuat naik dua lagi video untuk mempromosikan lagu nyanyiannya bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.

Tak sampai 24 jam Aliff Syukri ugut nak berhenti main instagram, "dia buat hal lagi.."

Selain netizen yang melontarkan kecaman dan menggelarnya ‘attention seekers’, beberapa selebriti turut tidak ketinggalan menulis komen di situ.

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira menulis “ingat hilang lama datuk, tak tahan kan,” katanya disertakan emoji ketawa.

Pengacara TV Anim Ezati pula menulis “sekali dia bergelek dengan batang mop”.

Sejak beberapa hari lalu, Aliff menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan kecaman selepas tular video kontroversinya menari dengan Baby Shima.

Sebelum itu Aliff dia juga sudah terkena tempias makian netizen disebabkan hantaran lagu terbaru membabitkan individu kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva.

Dalam sedutan terbabit, dua individu itu terkinja-kinja di sebuah majlis kenduri di kampung.

Disebabkan kontroversi demi kontroversi itu, ibunya tampil membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.

Bagaimanapun, aksi itu masih jadi bahan usikan netizen yang menyifatkan penyesalan itu cuma sementara selain dikatakan sengaja mencipta kontroversi.

BACA:

Teruk kena hentam air balang rasa tak sedap, Syahmi Sazli akhirnya bersuara

Van Jenazah tak ada, penduduk terpaksa usung mayat sejauh 13 kilometer

Terkini: Pengasas parti DAP meninggal dunia

CATEGORIES