‘Tak salah belajar tinggi, yang salah bila merendah-rendahkan orang’

‘Tak salah belajar tinggi, yang salah bila merendah-rendahkan orang’

‘Tak salah belajar tinggi, yang salah bila merendah-rendahkan orang’.“Sambung belajar sekarang pun kena bahan dah sekarang”, begitulah luahan salah seorang netizen di media sosial twitter.

Komen beliau mendapat perhatian segelintir pengguna laman media di tiktok mahupun di twitter.

Tular baru-baru ini di tiktok, pemilik akaun mierul batman telah mendapat perhatian netizen akibat video dimuat naik yang sepertinya seakan-akan memerli mereka yang menyambung pelajaran. Rata-rata daripada komen membalas kembali dengan sindiran terhadap pemilik akaun tersebut.

Lihat juga apa kata warganet :

'Tak salah belajar tinggi, yang salah bila merendah-rendahkan orang'

@dragon’s__baby : adik² yg tgk ni jgn putus asa, education is a lifelong investment. jgn sia²kan spm sbb semua bermula dari spm.

@Haz : belajar lah sampai menara gading bang bukan belajarlah smpai mampu buang side mirror y15

@skeletom : tah lah bro 5 tahun aku kat UK, x yah bayar apa ii pon, sakit kepala sikitlah belajar

@Ikispeed : Tak salah pun bang spend duit untuk ilmu.

@Hakimy : budak pandai boleh buat banyak krja time belajar bang. jgn risau.

Rata-rata komen semuanya membalas dengan komen yang berbentuk perlian dan sindiran terhadap pemilik akaun tersebut.

Tak salah pun jika kita belajar tinggi. Yang salah bila kita merendah-rendahkan orang yang belajar tinggi. Pengukuran kejayaan bukur diukur pada berapa banyak wang yang kita ada atau kemewahan yang kita peroleh tanpa sambung belajar, tetapi ilmu itu tiada penamat. Tak guna berjaya tanpa sambung belajar jika mentaliti masih di takuk yang sama. Jadi sebelum menulis sesuatu perkara kita dinasihatkan untuk berfikir terlebih dahulu supaya kata-kata yang diberikan tidak akan memakan diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

BACA: 

Ini sejarah pulau terpencil di Australia yang didiami sepenuhnya oleh orang melayu

“Ingatkan ais rupanya serpihan kaca” – Ibu terkejut jumpa dalam air dibeli anaknya di luar sekolah

CATEGORIES