Tak putus asa kalah saman fitnah dengan Mujahid, Dusuki rayu lagi

Oleh INFORAKYAT

Tak putus asa kalah saman fitnah dengan Mujahid, Dusuki rayu lagi. Hakim Mahkamah Seksyen Shah Alam, Puan Azian Othman telah menolak tuntutan saman fitnah oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap Mujahid Yusof, Mantan Menteri Agama semasa kerajaan terdahulu.

Keputusan tersebut diberikan melalui sidang e-Review yang diadakan secara dalam talian. Semasa perbicaraan, Ustaz Ahmad Dusuki telah membuat tindakan Mahkamah akibat daripada penyiaran twitter “Seorang Ustaz berdusta, berpuloh ribu jadi mangsa…berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri…hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya…Allahu Mustaan”.

Ini adalah bertentangan dengan fakta yang menunjukkan bahawa terdapat aset-aset yang telah dijual kepada bukan Islam antaranya kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd. Mengikut carian syarikat menunjukkan bahawa Tamaco Plantation Sdn Bhd ditadbir oleh orang bukan Islam.

Walau bagaimanapun pada prosiding keputusan itu, Mahkamah menyatakan bahawa pernyataan dalam twitter itu bukan merupakan suatu fitnah kerana daripada keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan islam.

Laporan Kewangan Tabung Haji 2018 dan Laporan Parlimen telah dibentangkan di Mahkamah semasa perbicaraan menunjukkan bahawa semasa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, aset tersebut dijual jauh dibawah harga pasaran iaitu pada harga RM170 juta berbanding dengan harga yang telah dinilaikan oleh jurunilai swasta sebanyak RM224 juta.

Tak putus asa kalah saman fitnah dengan Mujahid, Dusuki rayu lagi

Ketika dihubungi, Ustaz Ahmad Dusuki yang kini berada di luar negara menyatakan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan akan membuat rayuan segera terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

BACA:

Cara ibu ni pujuk anak tantrum kena puji, “berguna betul tips ni!”

Mia Sara menari pakai baju ‘ketat melekat’ buat netizen tak senang duduk

Lelaki mengaku buat umrah untuk Ratu Elizabeth II