Tak pernah terfikirkan? Ini harga bumi jika dijual

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Sebelum ini, kita sering disogok dengan cerita tentang bagaimana batu asteroid yang jatuh ke bumi dijual pada harga tinggi atau tanah dari Bulan yang dikatakan mampu mencecah jutaan ringgit.

Namun, pernahkah anda terfikir, jika Bumi ini dijual, berapakah harganya?

Melihat kepada sumber Bumi dan pelbagai fungsi yang ditawarkan kepada manusia,

ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang terlalu berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit.

Namun, bagi para saintis, mereka telah berjaya mencari formula untuk mengira berapakah kos Bumi jika ia dijual.

Tak pernah terfikirkan? Ini harga bumi jika dijual

Melalui laporan yang dikongsikan di Treehugger, seorang penolong profesor astronomi dan astrofizik dari University of California, Greg Laughlin, telah mengembangkan satu formula untuk mengetahui harga sebenar Bumi.

Dia menganggarkan bahawa planet tempat manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan hidup ini boleh dibeli dengan harga USD$ 5,000,000,000,000,000 atau 5 quadrillion dolar Amerika Syarikat (kira-kira RM20,355,538,058,499,996.00).

Harga ini dinilai berdasarkan kualiti planet Bumi, yang diukur melalui jisim, suhu, usia, dan faktor-faktor lain yang secara langsung menyumbang kepada kemampuannya untuk menyokong kehidupan. Semakin tua bintang, semakin tinggi nilainya.

Laughlin juga telah membandingkan harga Bumi dengan planet lain dalam sistem suria kita.

Katanya, nilai pasaran planet Marikh hampir sama dengan harga kereta terpakai, iaitu sekitar USD$ 16,000 (kira-kira RM65,000). Manakala Venus, planet yang berada dekat dengan Matahari, hanya dinilai berharga satu sen.

Dalam kenyataannya, Laughlin menyatakan bahawa dia tidak mahu angka ini diperdebatkan. Dia berharap agar manusia lebih menghargai dan menjaga satu-satunya rumah yang mereka ada, iaitu Bumi.

“Formula ini membuat anda menyedari betapa berharganya Bumi, dan saya harap ia dapat membantu kita sebagai masyarakat untuk melindungi apa yang kita miliki,” kata Laughlin.

BACA: Bekas pramugari VVIP TUDM kongsi pengalaman bersama 15 orang lelaki dalam hutan