“Tak pernah syak apa-apa, sikap suami sebelum kahwin normal je, sekali terbongkar bukti mesej suami berbual mesra dengan lelaki lain”
Minggu lalu, seorang Instafamous negara seberang bernama Meylisa Zaara mendedahkan bahawa suaminya, Rizka Khoirul Atok mempunyai hubungan songsang dengan kenalan baik sendiri.
Apabila terkantoi, Meylisa malah dikasari saat berada dalam kereta sehingga terjadinya beberapa kecederaan serta kesan lebam akibat dicengkam kuat.
Tak pernah syak apa-apa…Sikap suami sebelum kahwin normal sahaja
Menerusi sebuah sidang media yang dibuat, wanita ini akui dia tidak mencurigai apa-apa sebelum bernikah kerana sikap Rizka normal sahaja.
Namun dia pernah beberapa kali menemukan bukti mesej suaminya berbual mesra dengan lelaki lain. Tidak mengaku salah, sebaliknya Rizka hanya meminta maaf sahaja. Sepanjang itu, Meylisa enggan melayani firasat buruk yang mula merasa suaminya ini mempunyai selera sejenis.
Suami beria-ia menangis ketika akad nikah…Skandal duduk di sebelah
Akhirnya kebenaran terbukti, kini Meylisa dalam proses bercerai. Malang sekali, Rizka enggan berikan kerjasama yang baik.
Sementara itu, keratan video ketika mereka bernikah pada September 2022 lalu kembali tular. Rizka dilihat menitiskan air mata tanda terharu setelah selesai melafazkan ijab kabul.
Rakan di sebelah juga cuba menenangkan keadaan. Namun saat itu, tiada sesiapa tahu 2 sahabat itu sebenarnya menjalin hubungan terlarang. Si suami merupakan orang bisnes dan mempunyai pelbagai perusahaan. Manakala skandalnya merupakan seorang doktor yang mempunyai klinik esteti
@syaifulrachman5 Membalas @mr_brived#meylisazaara27 #meylisazaara #lgbt🌈 #lgbt🏳️🌈 #fypシ #fyp ♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa
Kesan kerugian yang dimaksudkan turut meliputi depresi atau stres
Herry Widodo, seorang peguam juga ikut bersuara tentang kontroversi ini. Jelasnya, pihak Meylisa boleh mengheret isu itu ke mahkamah memandangkan pernikahan mereka ada unsur penipuan.
Sejak dari awal, si suami sepertinya cuma berkahwin hanya demi untuk menutup identiti sebenar. Jika melibatkan kerugian bagi pihak isteri, suami itu boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 7-9 tahun
BACA: