Menjadi kebiasaan bagi bakal pemilik rumah untuk mencari senarai hartanah
Melalui platform pengiklanan terkemuka seperti Facebook, Mudah, iProperty, atau Propertyguru.
Namun, kini terdapat individu yang telah memperluaskan penjualan ke platform e-dagang,
mungkin kerana ia lebih mudah ditemui oleh orang ramai.
Baru-baru ini, viral satu iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang yang dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000, seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.
Apa yang menarik, pemilik rumah tersebut juga membenarkan penggunaan SPayLater, yang membolehkan pembeli untuk membeli dahulu dan membayar kemudian melalui beberapa kaedah.
Difahamkan melalui SPayLater, pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut kemampuan pengguna yang berminat.
Perkongsian ini pastinya menjadi berita baik bagi bakal pemilik rumah pertama yang berpeluang memiliki rumah terlebih dahulu dan membayar pada kemudian hari.