Tak perlu hantar tentera untuk balas serangan, ramai rakyat Israel mati tanpa tahu sebabnya

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Sebanyak 12 kematian akibat demam West Nile dilaporkan di Israel ketika ini, yang merupakan negara pendatang haram.

Ini membawa jumlah keseluruhan kematian sebanyak 31 sejak wabak ini mula menyerang pada Mei 2024.

Kementerian Kesihatan Negara Israel mengesahkan bahawa terdapat 49 kes baharu yang dikesan,

menjadikan jumlah keseluruhan kes demam West Nile meningkat kepada 405, hampir mendekati rekod tertinggi tahunan sebanyak 425 kes pada tahun 2000.

Wabak ini disebabkan oleh nyamuk…

Tak perlu hantar tentera untuk balas serangan, ramai rakyat Israel mati tanpa tahu sebabnya
Kementerian menjelaskan bahawa tingkat morbiditi yang tinggi disebabkan oleh cuaca yang lebih panas dan lembap di wilayah tersebut, yang memudahkan nyamuk Aedes menghantar virus dari burung kepada manusia melalui gigitan.

Laman web berita Israel, Ynet, melaporkan bahawa kebanyakan individu yang dijangkiti adalah warga emas berumur 70 tahun ke atas, tetapi juga termasuk kanak-kanak.

Bagi kebanyakan individu yang dijangkiti, gejala mungkin tidak mencolok dan boleh disalah anggap sebagai demam biasa. Namun, jika jangkitan berlaku, ia boleh menyebabkan penyakit serius yang melibatkan sistem saraf pusat.

Pada awal minggu ini, ketua pegawai veterinar Israel, Tamir Goshen, melaporkan bahawa sebanyak 159 ekor burung telah ditemui terjangkit virus ini dalam tempoh dua bulan yang lepas, berbanding hanya tiga kes dalam kalangan burung pada tahun 2023.