Tak perasan serbuk coklat dah expired, peniaga terpaksa curah semua satu balang

Tak perasan serbuk coklat dah expired peniaga terpaksa curah semua satu balang

Tak perasan serbuk coklat dah expired, peniaga terpaksa curah semua satu balang. Tular satu video dimana seorang peniaga air balang membuang satu balang air coklat ke dalam longkang akibaf beliau tidak perasan bahawa serbuk coklat yang dibeli dari pembekal sudah tamat tempoh

Untung dan rugi sudah menjadi lumrah buat mana-mana peniaga. Jika sudah tertulis tiada rezeki pada hari itu, maka peniaga terpaksa redha dan perlu berusaha dengan lebih kuat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang penjual air di TikTok, luluh hatinya apabila dapat tahu serbuk coklat yang dibeli untuk jualan air sudah mencapai tarikh luput.

Menerusi ciapan video yang dimuatnaik, beliau terpaksa membuang begitu saja sebalang air coklat yang sudah siap dibancuh dan juga diletakkan ais. Dia juga terpaksa redha menanggung kerugian hampir RM300.

“SERBUK COKLAT TAMAT TEMPOH BUKAN TAK NAK SEDEKAH ADEHHH..”

Tak perasan serbuk coklat dah expired peniaga terpaksa curah semua satu balang

Jika pengguna TikTok menonton video ini tanpa membaca kapsyen atau komen, mungkin ada yang anggap penjual ni sengaja buang air coklat yang dah tak laku.

Di ruangan komen, ada juga yang persoalkan mengapa dibazirkan air coklat ini sedangkan boleh disedekahkan kepada orang ramai.

Oleh sebab itu, pemilik video telah tampil menjelaskan hal sebenar di dalam ruangan komen menegaskan serbuk coklat yang digunakan untuk membuat air sudah mencapai tarikh luput.

@azharpenjualjalananBenda nak rugi nak buat macam mana.. beli serbuk coklat tarihk dah luput.. kalau jual tu boleh dh 300 ringgit.. 😭😭

♬ bunyi asal – PENJUAL JALANAN

BACA:

Kejayaan Ryan Bakery dan Ume Cikin raih populariti jadi inspirasi, ‘tak ada gelek2 pun..’

Suami minta labuhkan tudung, sekali ini reaksi Wany Hasrita

Wanita terkejut tahu ada wang tak dituntut RM12,000, cuba anda pula periksa

CATEGORIES