‘Tak padan dengan tua’, Wanita berusia 56 tahun kena tangkap khalwat berdua-duaan dengan duda

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

‘Tak padan dengan tua’, Wanita berusia 56 tahun kena tangkap khalwat berdua-duaan dengan duda

Seorang wanita berusia 56 tahun yang masih berstatus isteri orang ditahan berkhalwat dengan duda berusia 65 tahun di sebuah hotel bajet di bandar ini, malam tadi.

Pasangan itu ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada pukul 11.30 malam.

'Tak padan dengan tua', Wanita berusia 56 tahun kena tangkap khalwat berdua-duaan dengan duda

Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan itu yang berasal dari Selangor datang ke Kelantan menaiki bas ke bandar ini sebelum ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik di hotel.

“Lelaki warga emas itu memberi alasan mahu membeli emas di Kelantan, manakala pasangannya mendakwa mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu.

“Kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan bon jamin sebelum diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, operasi sempena cuti sekolah yang diadakan antara pukul 5 petang semalam sehingga 1 pagi tadi itu, turut menahan pasangan berusia 20-an di sebuah hotel bajet juga di daerah ini.

“Kita akan siasat kedua- dua pasangan itu mengikut Seksyen 50, Undang-undang Islam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

“Pihak kami juga turut memberi notis kepada tiga pasangan kekasih kerana melakukan perbuatan kurang sopan di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh, kira-kira pukul 5 petang semalam,” katanya

BACA:

Demi kelangsungan hidup dalam ekonomi yang mencabar, suami tergamak beri izin isteri temani jiran tidur dibayar RM15 gambar asal buh dalam