‘Tak nak aku dapat wife rosak’ Suami ugut nak kahwin lain sebab isteri bersalin ‘Czer’

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia tidak bersalin secara normal.

Menerusi TikTok, pemilik akaun yang dikenali sebagai @flowertersakiti berkongsi tangkapan layar perbualan di WhatsApp yang menunjukkan

suaminya memarahinya dan menyifatkannya sebagai ‘sudah rosak’ kerana melahirkan anak melalui pembedahan caesarean (czer).

“Waktu keluar dari bilik pembedahan, masih dalam keadaan bius lagi, saya tanya ‘nurse’ nak telefon suami dulu.

Bila buka ‘chat’, terus kena maki sebab bersalin secara ‘emergency czer’.”

‘Tak nak aku dapat wife rosak’ Suami ugut nak kahwin lain sebab isteri bersalin ‘Czer’

“Hari yang sama saya pujuk dia dengan baik, semuanya hanya untuk dilayan seperti itu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia. Semua ini dah berlalu, tapi masih terasa sakitnya.”

Lebih parah lagi, suaminya, yang difahamkan tidak menemaninya di dalam wad bersalin, meminta wanita itu untuk tidak menghubunginya lagi.

“Tak nak I dapat isteri rosak, baik I kahwin dengan orang lain saja. Umur macam ini nak lahir guna kaedah pembedahan apanya, tak naklah hidup lagi dengan you.”

Perkongsian wanita itu telah menarik perhatian warganet, yang rata-ratanya berang dengan tindakan suaminya. Menurut mereka, adalah tidak wajar suami memperlakukan isterinya sebegitu, lebih-lebih lagi setelah dia berhempas pulas melahirkan anak mereka.

Warganet juga kagum dengan wanita itu yang masih mampu mengawal diri dan membalas mesej suaminya dengan lemah lembut.

BACA: “Adik ipar menumpang rumah kami tapi dia macam boss besar pula! Akhirnya terbongkar kegiatan dia