Tak mustahil ramai lagi penyangak bakal dibebaskan PN – Mohamad Sabu

Tak mustahil ramai lagi penyangak bakal dibebaskan PN – Mohamad Sabu

Pembebasan Musa Aman dan sebelum ini Reza Aziz menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia. Rata-rata mengeluh tentang budaya baru yang dilihat kurang senang ini.

Demi memperkukuhkan kedudukan, kerajaan PN sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka terus berkuasa. Hal ini bukanlah pelik kerana cara mereka mendapatkan kuasa juga melalui satu jalan yang diluar normal demokrasi.

Adakah masih ramai perasuah dan penyangak bakal dibebaskan? Segalanya sudah tidak mustahil di bawah kerajaan PN ini.

Kelak, generasi baru akan dapati persepsi luar terhadap negara kita akan semakin negatif yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi dan kestabilan negara.

Mandat rakyat PRU14 yang lepas perlu dikembalikan.

Sumber :

COMMENTS