Tak makan sorang, Mawi ‘bedak-bedak’ bonus RM200,000, agih pada krew dan pelakon

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Penerbit Mawi World Entertainment yang juga pengarah filem komedi seram Zim Zim Ala Kazim, Mawi, 43,

Beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat menunaikan janji dengan mengagihkan bonus hampir RM200,000 kepada barisan pelakon dan kru produksi.

Mawi, atau nama sebenarnya Asmawi Ani, menjelaskan bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan pelakon dan kru

untuk memberikan bayaran tambahan atau bonus sekiranya filem tersebut memperoleh kutipan tinggi di pawagam.

“Pada awalnya, filem ini dibuat untuk saluran Astro First dengan bajet yang lebih rendah berbanding filem pawagam.

Tak makan sorang, Mawi ‘bedak-bedak’ bonus RM200,000, agih pada krew dan pelakon

Kami membayar pelakon dan kru mengikut bajet televisyen (TV). Namun, setelah filem siap, kami memutuskan untuk menayangkannya di pawagam dengan persetujuan semua pihak.

“Alhamdulillah, kutipan filem ini mencapai sasaran yang diharapkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.5 juta.

Selepas tayangan di Astro First, filem ini akan menemui penonton di saluran Netflix pada tahun depan.

“Saya mahu berlaku telus dan adil dengan mengagihkan bonus seperti dijanjikan. Saya mahu semua orang gembira dan berpuas hati,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan bonus filem Zim Zim Ala Kazim yang diadakan petang semalam.

Rancang Sekuel dengan Jalan Cerita Berbeza

Mawi turut mendedahkan pihaknya merancang untuk menghasilkan sekuel Zim Zim Ala Kazim pada tahun depan.

“Saya sudah berbincang dengan Ustaz Kazim untuk menghasilkan sekuel setelah sambutan baik yang diterima bagi filem pertama.

“Kali ini, kami bercadang untuk mempersembahkan jalan cerita yang lebih serius tanpa elemen komedi, dengan memfokuskan empat lagi jenis sihir yang dikenakan kepada Ustaz Kazim yang belum pernah diceritakan sebelum ini,” katanya.

Filem Zim Zim Ala Kazim, yang ditayangkan pada 13 Jun lalu, menampilkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai peneraju utama bersama barisan pelakon seperti Mawi, Bell Ngasri, Anas Tahir, Elvina Chuah, Zarina Anjoulie, dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan seorang pendakwah terkenal yang menghadapi penyakit misteri akibat sihir.

BACA:Kesabaran aku teruji bila mak mertua sendiri yang suruh suami aku kahwin lagi