Tak jadi dengan Erra Fazira, Shahir bakal bertunang founder produk

Tak jadi dengan Erra Fazira Shahir bakal bertunang founder produk

Tak jadi dengan Erra Fazira, Shahir bakal bertunang founder produk. Selepas hampir dua mengenali hati budi, penyanyi Shahir Zawawi mengesahkan akan bertunang dengan usahawan produk berusia 30 tahun pada pertengahan bulan depan.

Katanya, keserasian dan kebaikan wanita yang berjaya mencuri hatinya itu membuatkan dia tidak menunggu lama untuk membawa hubungan tersebut ke fasa perkahwinan.

“Hal jodoh itu ketentuan Allah, tidak timbul soal cepat atau lambat. Apabila masing-masing ikhlas, kami serius ke langkah seterusnya menuju alam perkahwinan dengan dengan berjumpa keluarga masing-masing.

“Walau tak sampai dua bulan kenal, saya yakin dia calon paling tepat melihatkan sikapnya dan paling penting kami serasi. Usia saya dan dia juga sudah cecah 30-an, buat apa tunggu lama-lama.

“Identitinya pula bukan saya sengaja mahu sembunyikan, sebaliknya cuma tunggu masa yang sesuai sebab kami pun belum bertunang. Tunggu nanti.

Tak jadi dengan Erra Fazira, Shahir bakal bertunang founder produk

“Tapi masa mula kawan saya lagi nampak banyak ciri yang bagus padanya. Dia seorang yang baik, melayan orang dengan baik dan sentiasa positif,’ katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, pemilik nama Ahmad Shahir Zawawi yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan 8 (AF8) dan Hijrahkan Laguku sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti.

Sekali gus, ramai tertanya-tanya hati penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini milik siapa terutama sejak dia kembali ke arena seni selepas hampir empat tahun menyepi.

Ditanya mengenai perancangan tarikh pernikahan pula, katanya mereka masih mencari lokasi sesuai di ibu negara untuk meraikan hari bahagia itu namun paling pasti pernikahan akan dijalankan tahun ini.

“Insha-Allah memang kami mahu percepatkan perkara baik ini. Masa bertunang nanti keluarga akan berbincang soal tarikh. Kalau boleh nak segerakan tetapi kena tengok tempat dulu sebab banyak lokasi acara sudah ditempah awal.

“Sekarang kami mula buat persiapan dan penuhi permintaan keluarga untuk ikut adat bermula dengan acara merisik dan meminang.

“Jika tiada aral, pertengahan Julai depan kami akan bertunang, disusuli majlis pernikahan yang turut diharap dapat dilangsungkan tahun ini juga.

“Ikutkan majlis kenduri turut diadakan di Kuala Lumpur. Saya cuma minta doakan urusan kami berjalan lancar,” kata anak jati Perak itu lagi.

Terdahulu, Shahir pernah mendapat liputan hangat gara-gara perhubungan dengan pelakon popular, Erra Fazira. Bagaimanapun hubungan tersebut tidak menampakkan sebarang hala tuju.

BACA:

Siapa sangka pengemis ini ada wang simpanan hampir RM200K dalam bank

Halang laluan, orang ramai puas hati tengok Vellfire kena himpit dengan bas

TMJ kecam jurulatih baru FAM, asal JDT semua dia angkut main

CATEGORIES