Aku kenalkan diri aku sebagai Naim, aku seorang suami dan ayah kepada 3 orang anak. InsyaAllah tak lama lagi nak masuk 4.
Aku kerja kerajaan dengan gaji bulanan dalam 6500++, tak termasuk lagi side income tepi yang aku buat hari – hari.
Seminggu anggaran kasar boleh la dapat dalam 1k untuk kerja sambilan aku tu. Aku ada seorang isteri, isteri aku ni ok je tapi ada masa juga yang tak ok.
Dia kadang – kadang tak nak bercakap dengan aku, kadang – kadang protes, kadang – kadang up status perli – perli, asyik berleter kat rumah.
Isteri aku ni duduk rumah dengan anak 24 jam, jaga anak urus anak. Dia ada juga buat kerja niaga online ni, boleh katakan banyak juga la income dia. Dia kalau keluar pergi kerja sana sini memang usung la semua anak – anak, dah biasa dah dia macam tu dari anak satu sampai anak nak masuk 4 dah ni.
Satu je masalah utama isteri aku ni, dia selalu bising – bising pasal aku tak bagi duit nafkah kat dia. Padahal aku dah beli barang dapur, dah sediakan rumah untuk dia berteduh dengan anak – anak. Semua tu dah cukup tapi isteri aku ni masih lagi tak puas hati.
Masih lagi dok pertikai aku tak bagi duit nafkah pada dia.
Padahal dia dah ada income sendiri. Aku memang tak pernah ambil tahu pasal keperluan dia. Dia nak beli bedak ke make up ke baju ke, duit sendiri ada beli la sendiri. Kenapa perlu minta pada aku lagi. Spek mata rosak pun mintak kat aku, nak beli ubat kat farmasi pun mintak kat aku.
Sedangkan duit sendiri ada kan, beli la sendiri. Susah la dapat bini macam ni. Semua nak berkira dengan suami. Aku ni banyak lagi komitmen lain yang jauh lagi penting, kereta aku bayar, rumah aku bayar, bil – bil utiliti semua aku nak kena bayar.
Bini aku tu dia hanya bayar kereta dia, bil – bil dia. Aku mintak dia bayarkan sewa parking kereta setiap bulan, bayar bil api tong – tong setiap bulan. Lagi dia nak bising – bising cakap aku tak bagi nafkah duit kat dia. Tak cukup lagi ke dengan apa yang aku dah sediakan kat dia.
Aku ni kerja dari pagi petang sampai ke malam, aku balik hanya untuk tidur sahaja. Itu pun dia tak boleh nak paham lagi yang gaji aku tak cukup.
Tak habis – habis dia nak bising, cakap dia tu uruskan anak – anak 24 jam, segala urusan rumah dia urus, urus segala urusan persekolahan anak – anak, hantar ambil anak sekolah setiap hari, makan pakai anak – anak dan juga aku. Memang dia buat semua benda, tak ada yang kurang.
Senang kata semua dia buat sebab aku memang tak ada masa nak buat semua tu sebab aku sibuk bekerja siang sampai malam, tu pun dia tak puas hati sebab aku tak bagi pun 1 sen untuk semua urusan – urusan tu. Habis dia mengungkit semua tu.
Lepas tu, dia mintak duit untuk isi minyak kereta untuk uruskan anak pergi balik sekolah, kadang – kadang mintak duit 10 – 20 beli jajan anak – anak, takkan semua tu pun nak berkira. Aku penat kerja kot, takkan tak boleh paham.
Asyik – asyik nak mintak duit, aku dah sediakan rumah untuk keluarga, dah sedia beras lauk kat rumah, cukup lah tu. Apa lagi yang dia tak cukup, apa lagi yang dia tak puas hati. Memang aku tak bagi kalau dia mintak duit untuk urusan – urusan semua tu sebab macam tak logik.
Benda macam tu pun nak berkira, kata suami isteri. Dah memang itu tugas dia, jaga anak – anak, urus hal rumahtangga, jalankan je lah. Ini asyik bising nak kan nafkah duit je. Mohon pendapat sikit macam mana aku nak ajar bini yang macam ni?
Komen W4rganet :
Ibrahim Pendek : Alamak bang, ustaz dah kata, walaupun bini ada income ada gaji, suami wajib bagi. Gaji kau mahal bang, kalau kau bagi 100 pon diambil, bukan nak banyak, dia nak merasa duit gaji kau. Bini aku pon ada income, aku bagi jugak.
Yang kita bagi tu la hak kita di akhir4t bang, bila kau tak bagi nafkah bulanan, dia pom merapu la mintak duit jajan, duit minyak, padahal dia tak perlu pon, dia tak nak kau bertambah d0sa je. Bagi la bang.. Gaji kau 6k tu pon ada dalam doa bini kau.
Kalau kau c4cat nanti, tak da income bini kau jugak keluar duit, tengah sihat senangkan bagi duit, nanti dah s4kit orang senang tolong kita bang. Sihat sekejap je bang, kau dah masuk 60 macam – macam peny4kit kalau tak jaga.
Wani Hisyam : Kalau saya, saya akan minta sebab lagi luas rezeki suami kalau banyak memberi. Bedak skincare memang tak wajib tapi lagi banyak abang bagi isteri abang lagi luas rezeki abang.
Percaya lah kalau abang tak pernah berkira belikan isteri even lipstick rm10 pon dua kali ganda isteri terbuka hati nak habiskan duit untuk abang tanpa berkira. Sama je macam mak. Banyak kita bagi lagi banyak kita dapat.
BACA: JAKIM cadang guna mesin vending elak pekerja islam sentuh arak undang pujian netizen