Tak habis-habis kes culik, kali ini berlaku di Kedah pula

Tak habis habis kes culik kali ini berlaku di Kedah pula

Tak habis-habis kes culik, kali ini berlaku di Kedah pula. BELUM reda kes cubaan culik membabitkan murid sekolah di beberapa negeri seperti Terengganu, Johor dan Selangor, timbul pula kejadian terbaharu di Baling, Kedah pada Khamis.

Menurut perkongsian Aziyanti Azizan di Facebook, anak saudaranya didatangi seorang wanita yang mendakwa rakan ibunya.

“Anak saudara saya memberitahu kejadian berlaku pada bulan lalu, terdapat seorang wanita yang datang ke sekolahnya di sekitar Baling, Kedah.

“Wanita itu tunggu di pagar sekolah dan memberitahu bahawa ibunya menyuruh dia membawa anak saudara saya pulang ke rumah.

“Nasib baik anak saudara tak ikut sebab dia pelik kenapa wanita itu mengaku kawan sedangkan tidak pernah melihat dia bersama ibu,” katanya pada Khamis.

Tak habis-habis kes culik, kali ini berlaku di Kedah pula

Aziyanti berkata, ibu mangsa akan membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan.

“Kita akan membuat laporan polis dan menyerahkan laporan tersebut kepada sekolah sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Semoga anak-anak kita semua sentiasa dilindungi Allah,” katanya.

WhatsApp Image 2022-09-29 at 11.13.10 AM (1)

BACA:

Ramai pelik dengan penjelasan Isa Isarb terima tawaran syarikat judi

Wanita akui buat diet 41 tahun tanpa makan, hanya minum air

Pasangan kekasih kena sambar petir dalam khemah, ditemui berduaan

CATEGORIES