Tak cukup tanya masa ‘live’ TikTok, budak darjah 6 mesej peniaga cara nk buat hutang Ipon15

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Dalam era moden, semakin ramai kanak-kanak memiliki gajet sendiri.

Namun, kebimbangan timbul apabila sesetengah daripada mereka memaksa ibu bapa membeli peranti mahal, walaupun keluarga kurang berkemampuan.

Baru-baru ini, seorang peniaga gajet berkongsi tangkap layar mesej daripada seorang pelanggan muda berusia 12 tahun di Facebook.

Dalam mesej itu, kanak-kanak tersebut menyatakan hasrat membeli telefon pintar iPhone 15 keluaran Apple.

“Assalamualaikum kak. Nak tanya kalau beli iPhone 15 boleh bayar sikit-sikit tak?

Tak cukup tanya masa ‘live’ TikTok, budak darjah 6 mesej peniaga cara nk buat hutang Ipon15

Akak boleh terangkan tak cara pembayaran tu macam mana? Sebab saya ingat kalau boleh bayar sikit-sikit.

“Saya nak ambil iPhone 15. Nak beli ni akak minta kad pengenalan depan belakang dengan slip gaji ke? Sebab saya baru umur 12 tahun,” tulisnya melalui WhatsApp.

Peniaga itu menjelaskan proses pembayaran, tetapi setelah kanak-kanak tersebut kerap mengulangi soalan yang sama, dia akhirnya membalas dengan nada gurauan:

“Belajar dulu, nanti baru fikir komitmen. Seluar kecil pun mak ayah belikan lagi. Duit nak bayar dengan apa? Tinggi sangat khayalan adik ni,” balas peniaga itu.

Reaksi Netizen
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen, yang memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Tak profesional langsung seller menjawab. Aku yakin kalau seller lelaki takkan jawab macam ni.”

“Umur 12 tahun dah nak pakai iPhone 15, aku ni pakai Android 2020 pun dah rasa cukup.”

“Tinggi cita-cita nak iPhone 15. Kita ni pakai iPhone 7, bertahun fikir nak tukar bateri je,” ujar beberapa netizen.

Penjelasan Peniaga
Peniaga tersebut menjelaskan bahawa kanak-kanak itu telah beberapa kali bertanya soalan yang sama di WhatsApp dan ruangan siaran langsungnya.

“Adik ni masuk live, komen banyak kali. Dah explain, tapi tanya lagi. Jadi, saya gurau sikit je.

“Saya dah berniaga 13 tahun, biasa kalau pelanggan nak kurang harga kaw-kaw, gurau pun biasa. T

api saya selalu pastikan ada bukti sebelum cakap. Dari 11 November dia mesej, saya dah jawab elok-elok sebelum ini,” jelasnya.

Adakah perbualan ini membantu setakat ini?

BACA: Tak makan sorang, Mawi ‘bedak-bedak’ bonus RM200,000, agih pada krew dan pelakon