Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengenakan sekatan terpilih terhadap pembayaran royalti minyak kepada Terengganu.
Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menegaskan bahawa
Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan bantuan kepada negeri tersebut dalam bentuk Wang Ehsan, seperti yang dilakukan sebelum ini.
“Dakwaan itu tidak benar. Apa yang kita lakukan adalah memastikan semua peruntukan sampai terus kepada
Projek yang dimaksudkan kerana dana tersebut adalah milik rakyat dan mesti disalurkan semula kepada rakyat dengan cara yang betul serta memastikan projek yang dirancang dapat dilaksanakan.
“Ini bertujuan untuk menjamin kelancaran pelaksanaan projek serta memastikan tiada isu dalam pengurusan dana.
Kita tidak mahu situasi di mana dana diterima tetapi projek tidak berjalan,” jelasnya ketika ditemui selepas Program Parlimen Lembah Pantai.
BACA: Pengurus jabatan menang saman lebih 200k dipecat kerana tidur di pejabat