“Tak ada orang pun bagi orang tua ni duduk..”

“Tak ada orang pun bagi orang tua ni duduk..”Orang kata yang muda dikasihi, yang tua pula dihormati walau bagaimanapun, perumpaman sebegitu bagai sudah tidak kena dengan situasi masa kini.

Warga emas dibiar berdiri di dalam kereta api.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang warga emas terpaksa berdiri dipercayai berdiri di dalam sebuah LRT mengudang perhatian ramai.

Dalam video dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai @cikaisyah91memaparkan warga emas tersebut hanya memegang tiang serta pintu bagi memastikan dirinya tidak terjatvh ketika bergerak.

“Sorang pun tak bangun bagi Pakcik ni seat. Kalau dekat Malaysia setel dah ni. Sabarlah Pakcik. Kita minoriti kat sini. ‘Mereka’ majoriti. Saya tetap bersama Pakcik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lebih mengundang ‘bengang’ apabila tiada seorang pun mahu memberi pakcik berkenaan duduk di kerusi yang tersedia memandangkan masing-masing terlihat masih muda.

Walau bagaimanapun, kejadian ini dikatakan bukan berlaku di Malaysia namun berlaku di negara jiran.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet. Malah, rata-rata mereka bersimpati melihat warga emas berkenaan.

TONTON:

BACA:

Kenyataan Prof dari UiTM dikecam netizen, “Tak boleh duduk dengan B40..”

PTPTN kongsi 3 cara mudah bayar pinjamanya, cara ke 2 paling menarik!

BKM 2022 : Cara buat password baru jika terlupa

CATEGORIES