Tabung Haji terus mencatatkan peningkatan keuntungan sejak 2018 – Menteri Agama

Tabung Haji terus mencatatkan peningkatan keuntungan sejak 2018 – Menteri Agama

Soalan yang dikemukakan YB Datuk Seri Dr Mujahid, ahli parlimen Parit Buntar berbunyi : Minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa keuntungan Tabung Haji bagi tahun 2018, 2019 dan unjuran keuntungan bagi tahun 2020.

Adakah Kerajaan mempunyai hasrat untuk menubuhkan sebarang
Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat urusniaga-urusniaga yang telah dijalankan oleh Kerajaan Malaysia.

YB Senator Datuk Dr. Hj Zulkifli Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjawab :

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan Lembaga

Tabung Haji (TH) semasa memaklumkan bahawa TH telah mencatatkan keuntungan selepas zakat bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 berjumlah RM1.6 bilion. Manakala, pada tahun berakhir 31 Disember 2019, TH telah mencatatkan keuntungan selepas zakat sebanyak RM1.8 bilion. Walau bagaimanapun, angka-angka ini sedang dimuktamadkan oleh kerana proses audit Laporan Kewangan TH bagi tahun 2019 sedang berjalan, dan kedua-dua laporan kewangan tahun 2018 dan 2019 masih belum dibentangkan di Parlimen sebagaimana tuntutan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,TH telah mengumumkan prestasi kewangan setengah tahun pertama bagi tahun 2020 yang telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.2 bilion. Jumlah keuntungan ini disumbangkan antaranya oleh pendapatan daripada sukuk UJSB seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, serta ketiadaan tanggungan subsidi haji bagi tahun ini.Walaubagaimanapun, keterjaminan nilai sukukini menjadi pertikaian sesetengah pihak. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang membincangkan jalan terbaik bersama Kementerian Kewangan bagi meneliti perkara tersebut.

Pada masa yang sama, wabak Covid-19 berkemungkinan akan memberi kesan negatif kepada kedudukan ekonomi dan pasaran seluruh dunia, termasuk Malaysia, dan akan turut mempengaruhi prestasi pelaburan TH untuk tempoh seterusnya, termasuk prestasi kewangan TH bagi tahun 2020.

Pada masa ini, sekiranya terdapat keperluan, Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas yang akan dianggotai oleh mereka yang layak dari segi kepakaran untuk mengkaji sebarang urusniaga yang dijalankan oleh pihak Tabung Haji dengan memastikan ianya menepati kepentingan TH sebagai institusi milik umat Islam di negara ini.

Sumber : https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR040820.pdf mukasurat 49

 

COMMENTS